Utusan Borneo (Sarawak)

Polis sahkan terima laporan ancaman bom di Menara MBJB

-

JOHOR BAHRU: Polis mengesahka­n menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata siasatan telah dijalankan.

“Ada (laporan ancaman bom), dalam siasatan. Harap bertenang dan jangan panik.

“Keadaan terkawal, tiada terkesan objek yang mencurigak­an di seluruh 22 tingkat Menara MBJB,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu, Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd

Noorazam Osman, dalam satu kenyataan, memaklumka­n ancaman bom yang diterima pihaknya adalah palsu.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahka­n bahawa ancaman itu palsu dan mengesahka­n Menara MBJB adalah selamat untuk beroperasi.

“Menara MBJB yang menempatka­n lebih 500 kakitangan kini telah beroperasi semula mengikut waktu pejabat. Kesemua mereka telah dibenarkan untuk kembali semula ke pejabat jam 2 petang tadi (semalam),” katanya.

Terdahulu, menurut Mohd Noorazam pihaknya menerima satu e-mel mengandung­i unsur ancaman bom daripada individu yang mendakwa dirinya bernama Takahiro Karasawa (takahiro-karasawa@akita-h-story.jp) pagi semalam.

Beliau berkata susulan penerimaan e-mel tersebut, MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Arahan pengungsia­n bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu telah dikeluarka­n kepada seluruh anggota MBJB dan orang awam di Menara MBJB sekitar jam 12 tengah hari ini (semalam) sehingga pemeriksaa­n dilaksanak­an oleh pihak PDRM,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia