Utusan Borneo (Sarawak)

EPL: McTominay penyelamat Man Utd, mengatasi Villa 2-1

Menerusi gol lewat pemain tengah Red Devils, sementara Arsenal membelasah West Ham 6-0 untuk kekal bersaing

-

“Ini adalah satu kemenangan besar. Kami semakin hampir dan ia adalah sasaran untuk hari ini. Cara kami melakukan semua ini, saya ” menyukainn­ya.

BIRMINGHAM: Scott McTominay mengembali­kan harapan Manchester United untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam empat tangga teratas liga apabila gol lewat pemain tengah itu memastikan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa sementara Arsenal membelasah West Ham United di Stadium London untuk mengekalka­n saingan kejuaraan liga pada Ahad.

United terdesak memerlukan kemenangan di Villa Park untuk merapatkan jurang saingan untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu membuka jaringan menerusi gol Rasmus Hojlund sebelum Douglas Luiz mengikat kedudukan dalam separuh masa kedua.

Ia kemudian menyaksika­n United menjaringk­an gol kemenangan lewat buat kali kedua menentang Villa musim ini apabila McTominay masuk dari bangku simpanan untuk menanduk gol kedua United ketika berbaki empat minit permainan.

United kekal di tangga keenam liga selepas kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertanding­an tetapi mereka hanya kurang lima mata di belakang Villa yang berada di tangga keempat dan enam mata di belakang Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat liga, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara.

“Ini adalah satu kemenangan besar. Kami semakin hampir dan ia adalah sasaran untuk hari ini. Cara kami melakukan semua ini, saya menyukainn­ya,” kata Ten Hag.

“Pada kedudukan 1-1, kami terpaksa bangkit dan kami benar-benar gembira dengan semua ini. Ia sangat terbuka, seperti sukan tenis. Ia mungkin memihak kepada mereka tetapi kami menemui kekuatan mental dan karektor untuk memenangi perlawanan.”

Pengurus Villa, Unai Emery, menambah: “Kami bermain dengan baik menentang Manchester United tetapi kami gagal menjaringk­an gol dari beberapa peluang terbaik.

“Keputusan ini sukar untuk kami terima tetapi ia lumrah bola sepak. Kami bermain seperti yang dirancang dan selayaknya lebih bagus lagi dari ini.”

Ketika empat tangga teratas liga masih tugas yang sukar buat United, mereka sekurang-kurangnya memberikan peluang dengan kemenangan bergaya di Villa Park.

Apa yang paling penting, mereka akhirnya menyerlah di jentera serangan selepas kempen yang tumpul sebelum ini.

Gol kemenangan Hojlund ketika menentang Villa sehari selepas Krismas memulakan satu tempoh di mana dia menjaringk­an enam gol dalam tujuh perlawanan.

Di Stadium London, Declan Rice menjaringk­an gol ketika kembali ke bekas kelabnya, West Ham ketika Arsenal menang besar 6-0 dalam satu penjelasan saingan yang serius untuk memburu kejuaraan liga.

Bukayo Saka menjaringk­an dua gol sementara gol lain dijaringka­n Leandro Trossard, William Saliba dan Gabriel

Magalhaes dalam perlawanan luar biasa anak buah Mikel Arteta ketika mereka mencipta rekod baharu kelab dengan kemenangan besar di tempat lawan dalam liga.

Kemenangan meletakkan Arsenal kurang dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan hanya berada di belakang Manchester City dengan perbezaan gol.

“Kami mendahului 4-0 pada masa rehat dan boleh menjaringk­an lebih banyak lagi gol,” kata Saka.

“Kami melihat peluang dan menamatkan saingan lebih awal.”

Peluang Arsenal mencabar kejuaraan liga yang pertama dalam masa 20 tahun kelihatan berakhir apabila tewas di tempat sendiri kepada West

Ham, ketika mengharung­i satu tempoh hanya satu kemenangan dari tujuh perlawanan di antara akhir tahun 2023 dan awal tahun 2024.

Bagaimanap­un, mereka bangkit bergaya sejak rehat dua minggu musim sejuk untuk mengembali­kan status mereka sebagai pencabar kejuaraan liga buat Manchester City dan Liverpool di kemuncak liga.

West Ham menewaskan Arsenal dua kali musim ini, juga menyingkir­kan mereka dalam Piala Liga Inggeris pada bulan November.

Tetapi mereka dimalukan pada Ahad, sekali gus meningkatk­an lagi spekulasi ke atas pengurus West Ham, David Moyes, yang akan tamat kontrak pada akhir musim ini.

“Mereka bermula dengan baik, itu sangat jelas sekali, ia bukan hanya empat gol dalam 15 minit,” kata Moyes.

“Saya tidak biasa denhgan pasukan bolos terlalu banyak seperti ini.”

Rice, bekas kapten West Ham dan membantu kelab memenangi kejuaraan Liga Konferensi Europa pada perlawanan terakhirny­a sebelum perpindaha­n ke Arsenal dengan yuran perpindaha­n melebihi 100 juta pound.

Pemain antarabang­sa England itu memberikan sebab jelas kenapa dia mahu berpindah ke Arsenal, iaitu impian untuk memenangi lebih banyak kejuaraan dengan satu umpanannya menghasilk­an gol yang disempurna­kan Gabriel.

Rice juga menambah lagi penderitaa­n bekas kelabnya apabila melengkapk­an jaringan Arsenal namun pemain berusia 25 tahun itu tidak meraikan golnya sebagai menghormat­i bekas kelab dan penyokongn­ya. — AFP

Erik ten Hag Pengurus Manchester United

 ?? — Gambar AFP ?? RAI KEMENANGAN: McTominay, Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho (kanan) meraikan kemenangan sejurus tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Manchester United di Villa Park di Birmingham, England, kelmarin.
— Gambar AFP RAI KEMENANGAN: McTominay, Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho (kanan) meraikan kemenangan sejurus tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Manchester United di Villa Park di Birmingham, England, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia