Utusan Borneo (Sarawak)

Bangkit dari ketinggala­n sebelum gol kemenangan lewat Haller hadiahkan kemenangan untuk mengatasi Nigeria 2-1

-

ABIDJAN: Sebastian Haller menjaringk­an gol kemenangan lewat ketika pasukan tuan rumah, Ivory Coast bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Nigeria 2-1 di final Piala Negara Afrika (AFCON) pada Ahad dan melengkapk­an perubahan paling besar dalam kejohanan ini dengan memenangi kejuaraan buat kali ketiga dalam sejarah negara mereka.

Nigeria kelihatan mengulangi kemenangan 1-0 ke atas Ivory Coast pada perlawanan di Stadium Olimpik Ebimpe di sini seperti dalam perlawanan pusingan pertama apabila kapten pasukan, William Troost-Ekong - yang menjaringk­an penalti untuk menentukan kemenangan dari perlawanan pertama itu - melompat tinggi untuk menanduk gol pembukaan pada akhir separuh masa pertama.

Bagaimanap­un, Franck Kessie mengikat kedudukan selepas satu jam permainan sebelum Haller menyempurn­akan hantaran Simon Adingra pada minit ke-81 untuk memulakan pesta kegembiraa­n di kalangan sebahagian besar penyokong tuan rumah dalam stadium.

Kejayaan Ivory Coast menyaksika­n mereka menambah koleksi kejuaraan yang dimenangi pada 1992 dan 2015, sementara kemenangan ini juga membolehka­n mereka menyertai Nigeria sebagai negara yang memenangi tiga kejuaraan pada kejohanan terbesar bola sepak Afrika ini.

Hanya Mesir, Cameroon dan Ghana yang memenangi kejohanan ini dengan lebih banyak dan Nigeria mensia-siakan peluang untuk menyamai pencapaian Ghana

“Saya masih sukar untuk menerima semua ini. Apabila saya memikirkan tentang semua yang kami harungi, saat sukar, saat ketika kami ketinggala­n, apabila kami bangkit pada saat akhir permainan. Kami adalah mangsa selamat ” yang luar biasa.

Emerse Fae Jurulatih Ivory Coast

memenangi kejohanan buat kali keempat.

Diketuai oleh pemain terbaik Afrika, Victor Osimhen, Nigeria kelihatan pasukan paling berbisa dalam kejohanan ini.

Tetapi takdir Ivory Coast ternyata lebih kuat ketika mereka menjadi pasukan tuan rumah pertama yang muncul juara pertanding­an sejak 2006.

Didier Drogba menjadi kapten Ivory Coast yang tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Mesir di Kaherah pada final 18 tahun yang lalu sementara kali ini, sebagai penonton, dia menyaksika­n kemenangan hebat pasukannya.

“Ia lebih hebat dari satu cerita rakyat,” kata jurulatih Ivory Coast, Emerse Fae, yang mengambil alih tugas pada pertengaha­n kejohanan.

“Saya masih sukar untuk menerima semua ini. Apabila saya memikirkan tentang semua yang kami harungi, saat sukar, saat ketika kami ketinggala­n, apabila kami bangkit pada saat akhir permainan. Kami adalah mangsa selamat yang luar biasa.”

Ia adalah satu pencapaian luar biasa untuk sebuah pasukan yang diambang penyingkir­an di pusingan pertama selepas tewas 0-4 kepada Equatorial Guinea pada 22 Januari.

Ia adalah kekalahan terburuk di tempat sendiri dan Ivory kemudian memecat jurulatihn­ya, Jean-Louis Gasset, menggantik­annya dengan Fae, rakan sepasukan Drogba pada 2006.

Mereka kemudian memulakan perubahan yang menyaksika­n kemenangan ke atas Senegal menerusi penentuan sepakan penalti, menewaskan Mali menerusi gol saat akhir dalam masa tambahan dan menewaskan Republik Demokratik Kongo menerusi gol Haller di peringkat separuh akhir.

Penyokong mereka membanjiri stadium sehingga penuh 60,000 tempat duduk, dengan ramai penyokong menyaksika­n perlawanan di anak tangga ke tempat duduk dalam stadium.

Sesiapa yang mahu mengurangk­an keterujaan tarikan mungkin mengimbau final kejohanan yang kebiasaann­ya dengan jaringan gol yang sedikit.

Hanya ada 10 gol dijaringka­n dalam 11 final kejohanan, lima daripadany­a ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan.

Apa yang pasti, empat penampilan Ivory Coast di final kesemuanya berkesudah­an dengan seri tanpa jaringan sebelum berakhir dengan penentuan sepakan penalti, dengan dua daripadany­a menghasilk­an kejuaraan.

Kali ini, ia dijangka satu lagi perlawanan dengan jumlah gol yang sedikit di mana tidak banyak peluang dicipta pada awal permainan.

Bagaimanap­un, pasukan tuan rumah mempunyai satu peluang pada minit ke-34 apabila Kessie mengumpan bola kepada Adingra di sayap kiri dan rembatan penyudahny­a ditepis penjaga gol Nigeria, Stanley Nwabali.

Ia terbukti kegagalan besar apabila Nigeria membuka jaringan empat minit kemudian apabila tendangan sudut Ademola Lookman ditanduk masuk oleh Troost-Ekong dari dalam kotak penalti.

Pada awal kejohanan, Ivory Coast pastinya hilang fokus dengan situasi seperti itu tetapi mereka selayaknya menerima pujian kerana bangkit pada masa rehat dan memberikan segala-galanya.

Rembatan Max-Alain Gradel dihadang di hadapan garisan pintu gol oleh Calvin Basset lima minit selepas rehat sebelum Nwabali menepis rembatan jarak jauh Odilon Kossounou pada minit ke-62.

Asakan demi asakan menghasilk­an ganjaran apabila

Kessie, yang menyempurn­akan penalti lewat untuk membantu menewaskan Senegal di pusingan kedua menanduk gol penyamaan.

Gol kedua kelihatan dijangkaka­n dan ia menyusul sembilan minit sebelum tamat permainan apabila Haller menyempurn­akan hantaran Adingra.

Ketinggala­n buat kali pertama sejak perlawanan pertama di sini, Nigeria gagal bangkit sebelum Ivory Coast bertahan untuk kemenangan bersejarah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MEMUKAU: Haller membuat sepakan ‘gunting’ pada perlawanan final Piala Negara Afrika 2024 di antara Ivory Coast dan Nigeria di Stadium Olimpik Alassane Ouattara di Ebimpe, Abidjan, kelmarin.
— Gambar AFP AKSI MEMUKAU: Haller membuat sepakan ‘gunting’ pada perlawanan final Piala Negara Afrika 2024 di antara Ivory Coast dan Nigeria di Stadium Olimpik Alassane Ouattara di Ebimpe, Abidjan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia