Utusan Borneo (Sarawak)

Man City, Real beraksi untuk pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

PARIS: Manchester City dan Real Madrid akan beraksi apabila pusingan kedua Liga Juara-Juara bermula hari ini, dan dua pemenang terakhir kejohanan elit kelab Eropah itu kelihatan menjadi calon pilihan untuk melangkah jauh pada musim ini.

Pengurus City, Pep Guardiola, kelihatan sibuk mengenepik­an peluang pasukannya mengulangi kejayaan memenangi tiga kejuaraan musim lepas, apabila mereka mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan memenangi Piala FA Inggeris sebelum melengkapk­an tiga kejuaraan dengan memenangi Liga JuaraJuara buat kali pertama dalam sejarah kelab.

“Kami mempunyai 99.99 peratus kemungkina­n di mana kami tidak akan memenangi tiga kejuaraan kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Guardiola minggu ini apabila ditanya tentang prospek mempertaha­nkan kesemua tiga kejuaraan musim lepas.

Namun City kelihatan menemui semula prestasi terbaik mereka pada masa yang tepat, dan mereka akan berlepas ke Denmark untuk perlawanan pertama pusingan kedua menentang FC Copenhagen dengan rekod 10 kemenangan perlawanan terakhir berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Copenhagen melangkah ke pusingan kedua kejohanan ini buat kali kedua, dan kali pertama sejak 2011. Mereka mengikat City di tempat sendiri di pusingan pertama kejohanan musim lepas dan menewaskan Manchester United 4-3 pada awal musim di Stadium Parken, jadi perlawanan pada Selasa mungkin bukan perlawanan yang mudah bagi juara bertahan.

Tetapi anak buat Guardiola pastinya terlalu kuat dalam dua perlawanan, dan Real Madrid juga mungkin terlalu kuat buat RB Leipzig, yang akan bermain perlawanan pertama di Jerman.

Diketuai Jude Bellingham dan Vinicius Junior, anak buat Carlo Ancelotti dalam prestasi hebat La Liga walaupun diselubung­i masalah kecederaan pemain di benteng pertahanan.

Undian untuk pusingan kedua kejohanan, yang dibuat pada bulan Disember, bagaimanap­un kurang menarik walaupun jika pertemuan di antara naib juara musim lepas, Inter Milan dan Atletico Madrid, bakal mencuri perhatian.

Ia pastinya menarik untuk melihat bagaimana nasib Barcelona apabila bertemu Napoli kerana Barca memasuki beberapa bulan terakhir di bawah kendalian Xavi Hernandez sebelum bekas pemain legenda kelab itu melepaskan jawatannya pada akhir musim.

Dengan melihat prestasi hambar Napoli ketika ini ekoran kejayaan memenangi kejuaraan Serie A Itali dengan agak selesa musim lepas, Barcelona pastinya mengintai peluang untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan buat kali pertama sejak 2020.

Pada tahun itu, mereka menewaskan Napoli di pusingan kedua sebelum dibelasah 2-8 oleh Bayern Munich di Lisbon.

Bayern akan bertandang ke Itali untuk menentang Lazio, selepas kekalahan 03 kepada Bayer Leverkusen yang menyebabka­n penguasaan mereka dalam Bundesliga Jerman sejak satu dekad mungkin bakal berakhir.

Harry Kane dan rakan sepasukann­ya berharap bahawa kejohanan di Eropah akan menghasilk­an yang terbaik dari diri mereka, terutama sekali dengan peningkata­n prospek di mana musim pertama Kane di Jerman mungkin berakhir tanpa sebarang kejuaraan utama.

Pertemuan klasik di suku akhir bakal berlaku jika dua pasukan ternama mengelak kekalahan di pusingan kedua.

Arsenal dijangka terlalu kuat buat Porto sementara PSV Eindhoven dan Borussia Dortmund akan bersaing dalam pertemuan dua pasukan bukan pilihan.

Dan kemudian ada Paris Saint-Germain (PSG), dengan kelab kelihatan sudah biasa tersungkur di Eropah walaupun berbelanja besar di bawah pemilikan hartawan dari Qatar.

PSG sudah tersingkir di pusingan kedua dalam lima dari tujuh musim terakhir, dan ia kelihatan pasti di mana musim ini adalah peluang terakhir untuk memenangi Liga Juara-Juara bersama penyerang sensasinya, Kylian Mbappe.

Masa depan kapten skuad kebangsaan Perancis itu kelihatan di luar PSG pada musim hadapan - kemungkina­n di Real Madrid - apabila kontraknya akan tamat pada akhir musim ini.

Namun prestasi skuad kendalian Luis Enrique - orang yang membimbing Barca memenangi Liga Juara-Juara pada 2015 kurang meyakinkan di mana prospek mereka untuk melangkah jauh kelihatan tipis.

Namun penyokong kelab menyimpan harapan kerana pasukan mereka berdepan Real Sociedad dengan perlawanan pertama berlangsun­g di Paris pada Rabu.

Sociedad menghampir­i perlawanan ini dengan prestasi hambar dan dengan masalah kecederaan pemain ketika ini, tekanan pastinya kepada PSG untuk meraih kemenangan.

“Jika anda mahu melangkah ke final, anda harus bermain menentang pasukan terbaik,” kata jurulatih Sociedad, Imanol Alguacil.

“Ini adalah objektif mereika, untuk melangkah ke final. Bayangkan kejutan jika kami menyingkir­kan mereka.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia