Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran tercapai tujuh tahun lebih awal

Bank Dunia memperakui Sarawak negeri berpendapa­tan tinggi pada 2023, tujuh tahun lebih awal daripada sasaran 2030: Abang Johari

- Oleh Rosemaria Buma

Sarawak berjaya mencapai status negeri berpendapa­tan tinggi tujuh tahun lebih awal daripada sasaran 2030 apabila mencatat pendapatan berjumlah RM13.3 bilion pada tahun lepas.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini berikutan pengiktira­fan oleh Bank Dunia yang telah memperakui Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapa­tan tinggi pada 2023.

“Kita mahu (menjadi negeri berpendapa­tan tinggi) menjelang 2030, tetapi Bank Dunia berkata Sarawak sudah menjadi negeri berpendapa­tan tinggi pada 2023.

“Tujuh tahun lebih awal daripada yang disasarkan dan sekarang kita mahu menambah pendapatan isi rumah dan saya rasa kita boleh melakukann­ya,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Hadir sama isteri beliau Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, dua Timbalan Premier iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin serta beberapa menteri kabinet dan tetamu kehormat lain.

Justeru bagi tujuan itu katanya, beliau sedang mencari jalan untuk membantu para petani menambah pendapatan isi rumah masingmasi­ng.

Buat masa sekarang katanya, para petani hanya mampu mengeluark­an kira-kira dua tan metrik padi untuk kawasan seluas satu hektar.

Sehubungan itu menurut Abang Johari, kerajaan negeri menjalanka­n eksperimen dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) membabitka­n sebidang tanah seluas lima hektar.

“Kita mencuba untuk satu hektar sekarang dan berdasarka­n itu kita boleh mengeluark­an lapan tan metrik padi.

“Daripada dua tan metrik kepada lapan tan metrik dan dalam tempoh 24 bulan, anda boleh mempunyai lima musim.

“Kini Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu) sudah mengumumka­n harga siling ialah RM1,300 dan Sarawak naikkan angka itu dengan RM500, jadi sekarang harganya RM1,800,” katanya.

Justeru dalam tempoh 24 bulan katanya, pendapatan petani akan meningkat tiga kali ganda dan ini akan mengubah hasil petani keluar daripada kemiskinan.

Selain itu menurut Abang Johari, rakyat Sarawak harus menguasai teknologi sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan isi rumah.

“Dalam falsafah Cina, kita jangan memberi mereka ikan, sebaliknya mengajar mereka cara menangkap ikan.

 ?? ?? TRADISI: Abang Johari (tengah) bersama Awang Tengah dan Dr Sim serta yang lain menggaul ‘yee sang’ pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Miri, malam kelmarin.
TRADISI: Abang Johari (tengah) bersama Awang Tengah dan Dr Sim serta yang lain menggaul ‘yee sang’ pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Miri, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia