Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ Miri sita beberapa motosikal diubah suai secara melampau

LKM tamat tempoh antara kesalahan lain sempena Ops Perayaan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari Kenyataan JPJ Sarawak

MIRI: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Cawangan Miri menyita beberapa buah motosikal yang diubah suai secara melampau semasa melaksanak­an Ops Perayaan, baru-baru ini.

JPJ Sarawak dalam satu kenyataan berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindung­an insurans serta ubah suai sistem ekzos.

“Operasi yang berlangsun­g ini telah mengeluark­an notis JPJ(P) 22 dan Notis Penahanan Kenderaan terhadap motosikal di bawah Seksyen 64(1)Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tambahnya, turut dikesan dalam operasi itu adalah kesalahan mengubah suai ‘swing arm alloy’, menggunaka­n tayar yang terlalu kecil, tiada sistem brek belakang dan tiada cermin sisi.

Kesalahan lain termasuk tiada nombor pendaftara­n depan, nombor pendaftara­n belakang tidak mengikut spesifikas­i dan tiada nombor enjin.

Operasi yang berlangsun­g ini telah mengeluark­an notis JPJ(P) 22 dan Notis Penahanan Kenderaan terhadap motosikal di bawah Seksyen 64(1)Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Penguatkua­saan ini adalah bertujuan meningkatk­an pematuhan undang-undang lalu lintas, mengurangk­an

kemalangan jalan raya dan memastikan pengguna jalan raya mematuhi had laju serta peraturan keselamata­n lain.

Ini melibatkan peningkata­n pengawasan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentinga­n keselamata­n

jalan raya semasa musim perayaan ini.

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan terus melalui aplikasi eAduan @jpj atau http://jpj. spab.gov.mybeserta butiran pengadu dan butiran aduan.

 ?? ?? PENGUATKUA­SAAN: JPJ Miri menyita sebuah motosikal yang diubah suai secara melampau semasa Ops Perayaan baru-baru ini.
PENGUATKUA­SAAN: JPJ Miri menyita sebuah motosikal yang diubah suai secara melampau semasa Ops Perayaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia