Utusan Borneo (Sarawak)

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar kereta

-

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan berhampira­n jalan bertingkat Indah Permai, Sepanggar, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superinten­dan Kalsom Idris, berkata kejadian jam 7.15 pagi itu menyebabka­n mangsa wanita berumur 74 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, siasatan awal mendapati, kereta jenis sedan yang dipandu lelaki berumur 24 tahun dari Taman Bukit Setia menghala ke tempat kerja di Manggatal.

“Sebaik tiba di tempat kejadian dan kenderaan dipandu lelaki terbabit berada di lorong dua dari kanan sebelum jalan bertingkat Indah Permai, secara tiba-tiba sebuah van dari sebelah kiri menukar lorong masuk ke laluan kenderaan sedan terbabit.

“Pemandu kereta kemudian mengelak ke sebelah kiri dan ketika hendak memasuki semula ke lorong asal, terdapat seorang pejalan kaki wanita secara tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu kenderaan sedan cuba menekan brek tetapi gagal berhenti sepenuhnya sebelum pejalan kaki dilanggar.

Menurutnya, akibat pelanggara­n itu, pejalan kaki tercampak ke cermin hadapan kenderaan sedan lalu terbaring di atas jalan.

“Mangsa yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ?? ?? KEMALANGAN­MAUT:Keadaan kemalangan membabitka­n pejalan kaki yang dirempuh kenderaan sedan.
KEMALANGAN­MAUT:Keadaan kemalangan membabitka­n pejalan kaki yang dirempuh kenderaan sedan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia