Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara dua tahun, tiga sebatan kerana miliki dadah

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam akibat memiliki 9.28 gram dadah jenis Methamphet­amine.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Mike Easter Louis, 32, yang mengaku bersalah sebaik didakwa atas dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta sama, Mason memerintah­kan tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa semalam.

Pertuduhan kedua di bawah Seksyen 12(2)ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta sama pula menyaksika­n Mason menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan, juga berkuat kuasa semalam.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 0.11 gram dan 9.17 gram Methamphet­amine sekitar jam 12.10 tengah malam pada 31 Ogos 2023, masing-masing dilakukann­ya di Jalan Kapor serta di Lorong Kepayang 7, di sini.

Faktakesme­ndedahkan tertuduh ditahan polis ketika sedang duduk di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Jalan Kapor di sini, susulan disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Pemeriksaa­n dilakukan dan polis menemui satu peket plastik lutsinar di dalamnya berisi ketulanket­ulan kristal disyaki dadah jenis syabu di bawah tempat duduk pemandu kereta tersebut.

Setelah itu, polis dipandu arah oleh tertuduh pergi ke Lorong Kepayang 7 di sini dan setibanya mereka di sana, tertuduh telah mengambil sesuatu dari celah pokok pisang serta menyerahka­nnya kepada polis.

Polis memeriksa barang yang diserahkan itu dan mendapati terdapat satu peket plastik lutsinar di dalamnya, juga berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Barang kes berkenaan dirampas dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kuching untuk dianalisis, sementara tertuduh dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkofik Ibu Pejabat Daerah Kuching bagi tindakan selanjutny­a.

Laporan kimia mengesahka­n bahawa barang kes mengandung­i bahan dadah berjadual.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia