Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an bas percuma akan diperkenal di Miri

Dilaksana di bawah program bas pintar baharu untuk tingkat mutu pengangkut­an awam, pelanconga­n Kami mahu menambah baik pengangkut­an awam dan seperti yang anda semua tahu Menteri Pengangkut­an Datuk Sri Lee Kim ada menyebut akan menukar 14 buah bas lama kep

- Oleh Rosemaria Buma Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

MIRI: Penduduk dan pelancong di bandar raya ini bakal menikmatip­erkhidmata­nbas percuma di bawah program bas pintar baharu dalam salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatk­an lagi mutu pengangkut­an awam dan pelanconga­n di wilayah utara.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam yang lebih baik untuk rakyat.

“Kami mahu menambah baik pengangkut­an awam dan seperti yang anda semua tahu Menteri Pengangkut­an Datuk Sri Lee Kim ada menyebut akan menukar 14 buah bas lama kepada bas pintar.

“Apabila anda mendapat pengangkut­an percuma, pelancong yang datang berkunjung ke sini juga akan menikmati tambang percuma.

“Secara tidak langsung ia akan menarik lebih ramai pelancong dan inilah ‘angpau’ Tahun Baharu Cina saya pada tahun ini untuk penduduk di Miri,” katanya.

Sebelum ini katanya, orang

ramai termasuk pelancong perlu membayar tambang RM1 setiap kali menaiki perkhidmat­an bas awam di Miri.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Jawatankua­sa Perhubunga­n Parlimen MiriSibuti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sebuah

hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Penguang

Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan komitmen kerajaan negeri dalam membangunk­an Miri sebagai bandar raya pintar dengan menaik

taraf semua infrastruk­tur asas di Miri agar menjadi hab di wilayah utara.

Berucap pada majlis sama, Abang Johari mendedahka­n Miri akan mempunyai sebuah pusat konvensyen sendiri tidak lama dan ia akan melengkapk­an lagi usaha kerajaan negeri untuk menjadikan bandar ini sebagai salah satu hab pelanconga­n di wilayah utara negeri ini.

“Kerajaan telah meluluskan sebuah tapak untuk pembinaan sebuah pusat konvensyen di Miri dan kerja-kerja pembinaann­ya dijangka akan bermula pada tahun depan.

“Manakala saiznya hampir menyamai pusat konvensyen Kuching (Pusat Konvensyen Borneo Kuching),” katanya sambil menambah, lebih ramai orang akan datang ke Miri untuk mesyuarat sebaik pusat itu siap dibina kelak.

Sementara itu, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin dalam ucapan alu-aluannya mengucapka­n terima kasih kepada Abang Johari atas peruntukan RM5 juta untuk program bas pintar baharu di Miri tahun ini.

Beliau menambah bahawa

Premier juga telah menetapkan sejumlah peruntukan yang sama untuk tujuan serupa tahun depan.

“Ini merupakan projek yang diluluskan untuk Miri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan di bawah program ini, kesemua 14 bas lama Miri City akan digantikan dengan bas pintar baharu,” katanya.

Dalam ucapan sama, Lee turut mengucapka­n terima kasih kepada Abang Johari kerana meluluskan Terminal Lori Miri yang kini dalam peringkat reka bentuk dan akan ditender menjelang suku kedua tahun ini.

Menurut Lee, dengan adanya terminal itu nanti ia akan menyelesai­kan masalah parkir lori di Miri terutama melibatkan lori transit ke Brunei, Limbang, Lawas dan Sabah.

 ?? ?? SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Abang Johari (tujuh kiri) dan Juma’ani (di sebelah kiri beliau) bergambar bersama para tetamu kehormat selesai majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Miri, kelmarin.
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Abang Johari (tujuh kiri) dan Juma’ani (di sebelah kiri beliau) bergambar bersama para tetamu kehormat selesai majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia