Utusan Borneo (Sarawak)

RM1 juta naik taraf Kompleks Sukan Limbang

Ia untuk menaik taraf kemudahan trek dan balapan Kompleks Sukan Limbang yang sudah usang: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Peruntukan RM1 juta diperlukan untuk menaik taraf kemudahan trek dan balapan Kompleks Sukan Limbang yang sudah usang.

Timbalan Menteri Industri Makanan,Komoditida­nPembangun­an Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, peruntukan RM500,000 yang disalurkan Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak (MYSED) tahun ini tidak mencukupi untuk menaik taraf keseluruha­n trek balapan berkenaan.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, kemudahan sukan ini sangat penting dan menjadi tempat utama penganjura­n program kesukanan di peringkat

daerah, bahagian, negeri mahupun kebangsaan.

“Kita difahamkan pada tahun ini ada peruntukan

untuk menaik taraf trek balapan Kompleks Sukan Limbang dengan peruntukan RM500,000.

“Bagaimanap­un jumlah itu tidak mencukupi mengikut perkiraan Majlis Daerah Limbang iaitu agensi yang dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksana projek ini (kerana) kita memerlukan lebih kurang RM1 juta,” katanya ketika ditemui media pada perlawanan akhir Liga Limbang di Kompleks Sukan Limbang kelmarin.

Turut hadir ialah Residen Limbang Yunus Tambi dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Limbang (LFA) Frederick Lalung.

Dr Abdul Rahman yang juga presiden LFA berkata, Liga Limbang 2024 menawarkan enam piala iaitu Piala Belia, Piala Veteran, Liga Perdana, Liga Super, Piala FA dan Piala Limbang.

Turut diadakan katanya, Piala Futsal Terbuka dan Tertutup.

LFA tambahnya, berperanan penting dalam melahirkan ramai pemain berkeboleh­an di peringkat negeri dan kebangsaan, sekali gus mengangkat martabat sukan bola sepak di utara negeri ini.

“Kita difahamkan pada tahun ini ada peruntukan untuk menaik taraf trek balapan Kompleks Sukan Limbang dengan peruntukan ” RM500,000. Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

 ?? ?? ALBUM: Dr Abdul Rahman (berdiri 10 kiri) dan Frederick (12 kiri) bergambar bersama pasukan layak ke Final Liga Limbang 2023 iaitu DM Youth FT dan GBS 28 FC kelmarin.
ALBUM: Dr Abdul Rahman (berdiri 10 kiri) dan Frederick (12 kiri) bergambar bersama pasukan layak ke Final Liga Limbang 2023 iaitu DM Youth FT dan GBS 28 FC kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia