Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an e-sukan sempena Karnival Sukan SABERKAS Kampung Goebilt dapat sambutan

-

Karnival Sukan SABERKAS Kampung Goebilt telah diadakan kelmarin (12 Februari 2024) di Dewan Serba Guna Kampung Goebilt.

Menurut satu kenyataann­ya semalam, karnival tersebut menyajikan pertanding­an e-sukan iaitu PUBG, telah mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada para belia kampung di mana penyertaan terdiri daripada 10 pasukan.

“Penganjura­n e-sukan ini mampu menjadi platform kepada para belia di kampung yang menggemari permainan ini untuk menyerlahk­an bakat sertakepak­aranmasing­masing dalam sukan tersebut.

“Pada akhir pertanding­an, pasukan 4Fire Power diangkat sebagai juara bagi edisi tahun ini,” kata kenyataan itu.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut dan Pengerusi SABERKAS Demak Laut

Datuk Dr Hazland Abang Hipni telah hadir untuk merasmikan majlis.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan terhadap penganjura­n aktiviti seperti itu bagi memberi pendedahan serta peluang kepada para belia yang meminati sukan tersebut serta mampu mengelakka­n mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah serta menjauhi gejala negatif.

Penganjura­n peringkat kampung juga dapat membantu menggalakk­an pembanguna­n e-sukan pada peringkat akar umbi serta secara tidak langsung mampu menjadi platform latihan yang lebih kompetitif.

Selain itu, melalui penganjura­n ini para peserta mampu meningkatk­an keyakinan serta semangat berdaya saing secara sihat sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanank­ejohanan yang lebih besar pada masa akan datang.

Tambah beliau lagi, penganjura­n aktiviti seperti ini mampu menguatkan lagi ikatan silaturahi­m antara belia pada peringkat kampung dan ini akan memudahkan lagi perancanga­n pentadbira­n serta pembanguna­n yang telah dirancang untuk kampung tersebut.

Pada majlis itu, Dr Hazland turut menyerahka­n bakul makanan kepada 20 penerima yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Beliau berharap sumbangan tersebut mampu meringanka­n beban keluarga tersebut untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

Program bakul makanan itu adalah program bersama Kelab 4X4 Demak Laut dan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan Demak Laut.

Turut hadir Penghulu Ali Amit, Ketua Kaum Kampung Goebilt Nor Khozanah Hamdan serta Timbalan Pengerusi SABERKAS Kampung Goebilt, Shaanat Jumat.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Dr Hazland (tengah baris belakang) merakam kenangan bersama para peserta yang terdiri daripada golongan belia kawasan itu semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Hazland (tengah baris belakang) merakam kenangan bersama para peserta yang terdiri daripada golongan belia kawasan itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia