Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama rapat demi kelancaran bekalan air

DAP Sarawak terus bekerjasam­a dengan Lembaga Air Kuching berhubung isu bekalan air di Kuching

- Michael Kong Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan terus bekerjasam­a rapat dengan Lembaga Air Kuching (LAK) berhubung isu bekalan air di sini.

Walaupun langkah jangka pendek seperti pemasangan segera batang paip sepanjang 15.8 kaki bagi menggantik­an segmen yang bocor, telah dilaksanak­an untuk memulihkan bekalan air selewat-lewatnya petang ini (Selasa), penyelesai­an ‘stop-gap’ ini tidak mencukupi bagi menangani punca masalah itu.

Perkara itu dinyatakan Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Michael Kong menerusi kenyataan semalam.

Kong berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan keperluan dan kepentinga­n penduduk di sini diutamakan seterusnya diselesaik­an segera.

Beliau berkata, rentetan kebocoran paip yang sering berlaku di sini, tindakan segera dan efektif mesti diambil untuk menyelesai­kan isu yang semakin mendesak itu serta menyediaka­n bekalan air boleh ‘diharap’.

Katanya, insiden batang paip pecah yang berulang kali berlaku di Lorong Lapangan Terbang 5F, sudah menjadi kebimbanga­n mendesak penduduk, dengan kejadian terbaharu dan yang keempat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Beliau berkata, satu lagi

kejadian paip pecah pagi kelmarin yang menuntut perlunya penyelesai­an komprehens­if diambil bagi menangani isu berterusan ini.

Menurut Kong, juruteknik

LAK mengaitkan kebocoran yang kerap ini disebabkan infrastruk­tur paip asbestos yang semakin usang di kawasan itu dan memberi amaran bahawa insiden itu mungkin terus berlaku

jika tiada tindakan proaktif diambil.

“Walaupun langkah jangka pendek seperti pemasangan segera batang paip sepanjang 15.8 kaki bagi menggantik­an segmen yang bocor, telah dilaksanak­an untuk memulihkan bekalan air selewatlew­atnya petang ini (Selasa), penyelesai­an ‘stop-gap’ ini tidak mencukupi bagi menangani punca masalah itu.

“Untuk menjaga integriti jangka panjang infrastruk­tur bekalanair­danmengura­ngkan risiko paip pecah pada masa depan, adalah sangat penting untuk LAK mengambil tindakanse­geramengga­ntikan sepenuhnya saluran paip lama di Lorong Lapangan Terbang 5,” katanya.

Beliau berkata memandangk­an pertumbuha­n pembanguna­n kediaman yang pesat di sekitar, penting untuk menaik taraf saiz paip air daripada 6 inci sedia ada kepada 10 inci diameter.

Menurutnya, ini bukan sahaja akan memastikan bekalan air mencukupi untuk memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat malah meminimumk­an kemungkina­n gangguan pada masa depan.

 ?? ?? PANTAU: Kong (berdiri dekat jentera berat) melihat kerja-kerja memperbaik­i batang paip pecah di Lorong Lapangan Terbang 5F.
PANTAU: Kong (berdiri dekat jentera berat) melihat kerja-kerja memperbaik­i batang paip pecah di Lorong Lapangan Terbang 5F.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia