Utusan Borneo (Sarawak)

Projek baharu penanaman sawit bernilai RM121.4 juta di Pakan bermula Oktober

-

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) akan mula membangunk­an projek baharu penanaman kelapasawi­tbernilaiR­M121.4 juta di Pakan Oktober tahun ini.

Berdasarka­n infrografi­k SALCRA, projek itu akan melibatkan tanah seluas 3,697 hektar dan 211 peserta dari beberapa rumah panjang di daerah itu.

Para peserta projek kali ini terdiri daripada penduduk dari Rumah Bujang Tutong di Ulu Tebok, Rumah Jantan Brun Nanga Tebok, Rumah Sara Melayu Nanga Dendang, Rumah Kadam Tajak di Sungai Buloh dan Rumah Panggai Ujang di Dayat.

Sebelum ini beberapa sesi dialog telah diadakan melibatkan penduduk rumah panjang, pemilik tanah dan SALCRA sejak Mac 2016.

Projek yang dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan peruntukan bakal disediakan oleh Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom ketika dihubungi berkata pembanguna­n projek itu akan merancakka­n lagi proses transforma­si sosioekono­mi di konstituen­sinya.

Menurutnya pembanguna­n tanahmelib­atkanperla­dangan kelapa sawit sentiasa menjadi sebahagian daripada pelan induk Pakan.

Selain itu katanya pertanian melibatkan tanaman kontan lain, buah-buahan dan pengeluara­n hasil hutan juga tersenarai dalam pelan induk tersebut.

“SALCRA menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) negeri sentiasa komited dengan misinya, memastikan

pemilik tanah dan pemegang taruh mendapat manfaat daripada projek usaha sama ini.

“Pembanguna­n tanah di bawah SALCRA tidak pernah gagal. Sepatutnya lebih banyak lagi pembanguna­n melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Benarkan SALCRA membangunk­an tanah yang ada daripada pemilik menunggu mendapatka­n modal, akhirnya tanah mereka terbiar begitu sahaja.

“SALCRA ada kepakaran dan modal pemula untuk memulakan usaha sama ini. Akhirnya pemilik NCR akan diberikan surat hak milik tanah,” katanya.

Memandangk­an ia projek usaha sama terkini SALCRA, peruntukan awal RM10 juta yang diperuntuk­kan harus dibelanjak­an tahun ini, tambahnya.

Mawan yang juga penasihat di Jabatan Premier Sarawak bertanggun­gjawab ke atas industri makanan, komoditi dan pembanguna­n wilayah berkata pembanguna­n seperti itu lazimnya akan membawa kepada pembinaan jalan akses dan ini secara tidak langsung akan menambah

baik kesalinghu­bungan di Pakan dengan daerah sekitarnya.

Menurutnya usaha mentransfo­rmasikan Pakan menjadi konstituen­si perindustr­ian berasaskan pertanian kini di laluan tepat.

“Tanah NCR yang terbiar sebelum ini kini akan menjadi aset ekonomi, menjana pendapatan kepada pemilik tanah khasnya dan rakyat di Pakan secara keseluruha­nnya,” katanya.

Mawan yakin SALCRA dialu-alukan oleh konstituen­sinya dan berbesar hati memaklumka­n bahawa penduduk Pakan sangat mesra dan sedia memberi kerjasama.

Beliau turut mendedahka­n mesyuarat dipengerus­ikannya pada minggu lepas sebahagian daripada usaha mempercepa­tkan proses transforma­si di Pakan.

Pada 6 Februari lalu beliau mengadakan mesyuarat dengan SALCRA diketuai Pengurus Besarnya Joseph Blandoidan­disusulime­syuarat pada 8 Februari bersama wakil daripada agensi-agensi berkaitan serta ketua-ketua masyarakat.

 ?? ?? PERBINCANG­AN: Mawan (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bersama wakil agensi-agensi berkaitan dan ketua masyarakat membincang­kan projek usaha sama penanaman kelapa sawit di kawasan Dewan Undangan Negeri Pakan, baru-baru ini .
PERBINCANG­AN: Mawan (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bersama wakil agensi-agensi berkaitan dan ketua masyarakat membincang­kan projek usaha sama penanaman kelapa sawit di kawasan Dewan Undangan Negeri Pakan, baru-baru ini .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia