Utusan Borneo (Sarawak)

Empat organisasi sekolah, enam JKKK di Pantu akan terima peruntukan

-

Empat organisasi sekolah iaitu masingmasi­ng dua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan dua Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) serta enam Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kaum Cina di kawasan Pantu masing-masing akan menerima peruntukan RM3,000 dengan jumlah keseluruha­nnya RM30,000 bagi tahun 2024 daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis.

Antara organisasi terlibat ialah LPS SK Pantu, LPS SK Bangkong, PIBG SK Pantu,

PIBG SK Bangkong dan enam JKKK kaum Cina di Pantu yang masing-masing menerima geran kerajaan sebanyak RM 3,000 pada tahun ini.

Terdahulu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang telah mengumumka­n peruntukan tersebut semasa sesi perjumpaan baru-baru ini

Perjumpaan tersebut adalah inisiatif SUPP Cawangan Pantu sebagai platform KMKK Cina dan pertubuhan di daerah Pantu menyantuni masyarakat sekeliling ketika perayaan Tahun Baharu Cina 2024.

Harden ketika berucap ringkas pada majlis berkenaan menjelaska­n, di daerah Pantu sering kedengaran masalah yang dihadapi rakyat adalah bekalan air terawat.

“Maka di sinilah peranan KMKK dan jawatankua­sa pertubuhan sebagai penyampai masalah rakyat ke peringkat atasan.

“Pemohon perlu menulis surat kepada pihak berkuasa dan salinan surat kepada pegawai daerah,”ujarnya.

Menurutnya, bagi pengurusan pertubuhan garis panduan sedia ada mencukupi untuk dipatuhi.

“Antaranya mengemas kini Profil Kampung, mengadakan mesyuarat sekurangku­rangnya enam kali setahun serta menyediaka­n perancanga­n tahunan pertubuhan dan melaporkan transaksi kewangan,”katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Benevolent Society Pekan Pantu turut diperuntuk­kan Projek Tranformas­i Luar bandar (RTP) untuk menyimen pekarangan bangunan yang masih berbatu pada tahun ini.

Hadir pada sesi perjumpaan dan dialog tersebut ialah Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasam, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Hiu Kee Sing, Pengerusi SUPP Cawangan Pantu Liew Shan Boo dan para pemimpin masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia