Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan lepas tangan dalam mendidik anak-anak: Mong

-

Jangan lepas tangan dalam mendidik anakanak, nasihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Menurutnya, ibu bapa perlu mengambil pendekatan proaktif dan membabitka­n diri secara langsung dalam perkembang­an anak-anak sama ada dari segi pelajaran mahupun sosial.

“Ini penting kerana ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak mereka bergaul atau berkawan dan adakah rakan-rakan anak kita seorang yang bersifat baik atau sebaliknya.

“Sekiranya anak-anak kita tersalah pilih kawan, secara tidak langsung ia akan membawa kesan kepada mereka (anak-anak), sekali gus mengundang banyak masalah khususnya masalah akhlak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Aspresiasi Kecemerlan­gan Pelajar Sesi 2023/2024, Sekolah Kebangsaan (S) Engkranji, Lingga di dewan sekolah berkenaan dekat sini baru-baru ini.

Sehubung itu, katanya, ibu bapa harus mengawasi pergerakan anak-anak terutama selepas sekolah.

“Jangan sesekali memberi alasan tidak mempunyai masa terluang untuk mengikuti perkembang­an anak-anak kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian di pejabat dan sebagainya. Sebaliknya, ibu bapa harus meluangkan masa bersamaa nak-anak sekurangku­rangnya bertanya perkembang­an pelajaran mereka dan

sebagainya,”tambahnyal­agi.

Mong menjelaska­n, sikap mengambil berat mampu membuatkan anak-anak berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh keluarga.

“Jika kita sebagai ibu bapa tidak menanam sikap sedemikian dalam diri masingmasi­ng, sudah pasti inilah punca anak-anak kita terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti jenayah dan sebagainya. Anak-anak akan berasa diri mereka tersisih

daripada keluarga jika ibu bapa tidak pernah mengambil tahu perkembang­an diri mereka”, jelasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, guru besar sekolah, yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru kanan sekolah serta ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

Seramai 80 murid sekolah berkenaan menerima sijil dan hadiah dalampelba­gai kategori pada majlis berkenaan.

 ?? ?? TAHNIAH: Mong (dua kanan) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada seorang murid cemerlang sambil diperhatik­an guru besar (kanan) serta guru kanan pada majlis berkenaan.
TAHNIAH: Mong (dua kanan) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada seorang murid cemerlang sambil diperhatik­an guru besar (kanan) serta guru kanan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia