Utusan Borneo (Sarawak)

Gira cadang sebuah lagi DUN di Parlimen Selangau

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang mencadangk­an pengwujuda­n sebuah lagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Selangau.

Beliau menyatakan, keduadua DUN sedia ada di Selangau iaitu Tamin dan Kakus adalah sangat besar.

Kawasan Tamin melibatkan keluasan 3,494 kilometer persegi dan Kakus 5,625 kilometer persegi.

“Terdapat 30,000 pengundi di Tamin dan Kakus.

“Jadi, sekiranya Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk melaksanak­an persempada­nan semula sempadan pilihan raya bagi Sarawak, satu kawasan baharu perlu diwujudkan di bawah Parlimen Selangau,” katanya.

Timbalan ketua publisiti Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu mencadangk­an kerusi baharu itu ialah daripada DUN Tamin dan Kakus dengan nama yang dicadangka­n adalah Bukit Arip.

Pada majlis perpisahan Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami baru-baru ini, Gira menyebut mengenai mesyuarat bagi latihan persempada­nan semula di Sarawak.

Beliau juga berkata, cadangan berhubung perkara itu akan dikemukaka­n kepada SPR.

“Satu lagi DUN baharu yang dicadangka­n ialah Mapai di bawah Parlimen Kanowit. Di Kapit juga akan ada DUN baharu,” katanya tanpa mendedahka­n butiran lanjut.

Beliau menjangkak­an persempada­nan semula itu akan mewujudkan kawasan pilihan raya baharu, kebanyakan­nya di kawasan majoriti Dayak.

“Bagi saya, tidak kira parti mana (di bawah Gabungan Parti Sarawak) akan bertanding di kerusi baharu nanti.

“Yang penting, persempada­nan semula ini akan menambah bilangan wakil rakyat Dayak. Itu yang penting kepada kami kerana parti adalah platform kami.

“Tidak kira daripada parti komponen mana, sama ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), PRS atau Parti Demokratik Progresif, bilangan kami (wakil rakyat Dayak) mesti ada, sama atau lebih daripada yang lain.

“Dengan cara ini kita tidak perlu berebut siapa yang patut diturunkan pada masa depan asalkan kerusi itu dipegang oleh Dayak,” katanya.

Manakala Inting yang berkhidmat di Selangau sejak 2017 akan ditukarkan ke Serian.

Antara pencapaian­nya ialah menamakan rumah panjang di Selangau mengikut ciri geografi, menambah kuota jawatan penghulu bagi Selangau dan mewujudkan poskod bagi daerah itu.

Perhimpuna­n itu dianjurkan ketua masyarakat Selangau dan ketua kaum.

Turut hadir bekas ADUN Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh, Penghulu Andrewson Ngalai, Penghulu Bansa Kunchau dan lain-lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia