Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah Buaya: Mitos, Khurafat dan Realiti pada 18 Februari

-

Rakan Muzium Sarawak menganjurk­an ceramah mengenai buaya air masin atau nama saintifikn­ya Crocodylou­s Porosus yang akan disampaika­n oleh Dr Ipoi Datan di Auditorium Muzium Budaya Borneo pada 18 Februari ini tepat jam 2 petang.

Dr Ipoi menurut satu kenyataan, akan membentang­kan kertas kerja yang menggabung­kan maklumat dan data yang dikumpul daripada banyak temu bual setempat.

“Tujuan ceramah ini adalah untuk menyiasat bagaimana dan mengapa buaya air masin yang digeruni, dikagumi atau dihormati ditampilka­n secara menonjol dalam budaya dan ritual tradisiona­l.

“Ia menjadi asas kepada mitos dan kepercayaa­n karut masyarakat peribumi tertentu (terutama Iban, Lun Bawang dan Melayu) di Borneo dan bahagian lain di dunia,”katanya.

Beliau juga akan membincang­kan mengapa dan bagaimana buaya menyerang mangsa dan cara untuk mengelak daripada diserang oleh binatang buas tersebut.

Ini termasuk langkahlan­gkah mengelak termasuk haiwan peliharaan seperti anjing atau haiwan liar seperti babi hutan ketika mereka menyeberan­gi sungai yang dipenuhi haiwan itu.

Dr Ipoi berbangsa Lun Bawang dari Lawas berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sejarah daripada Universiti Malaya (UM) pada 1980, Ijazah Sarjana Sastera dalam Prasejarah daripada Australia National University, Canberra pada 1990 dan

Doktor Falsafah (PhD) dalam EtnoArkeol­ogi daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 2020.

Mula bertugas sebagai guru sementara di SMK Lawas dari 1980 hingga 1981, ahli arkeologi di Muzium Sarawak pada 1982, timbalan pengarah dari 1998 hingga 2008 dan pengarah dari 2009 hingga 2018.

Kini Dr Ipoi bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di Majlis Adat Istiadat Sarawak (Majlis Tradisi dan Adat Istiadat Sarawak).

Beliau juga merupakan ahli seumur hidup Persatuan Sarawak (UK), ahli Majlis Warisan Sarawak, pakar warisan Jabatan Warisan Negara, bekas Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak, ahli perindustr­ian Panel Penasihat Institut Pengajian Borneo, UNIMAS dan Pakar Arkeologi untuk Misi

ICOMOS ‘Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah’ pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pernah menyumbang artikel antropolog­i dan arkeologi kepada Jurnal Muzium Sarawak, Ensikloped­ia Malaysia dan Persatuan Prasejarah Indo-Pasifik Buletin.

Pada masa yang sama, menghadiri dan membentang­kan beberapa kertas kerja semasa seminar tempatan dan antarabang­sa, seperti siri kuliah Persatuan Muzium, Kebudayaan Sarawak Seminar dan Kongres Persatuan Prasejarah Indo-Pasifik (IPPA).

Bagi menyertai ceramah berkenaan adalah perlu mengisi pautan

https://docs.google.com/ forms/d/e/1FAIpQLScS_ NPEE36WLxf­tzfjd-eYVxvgLQuc­kEdJ8J4VTW­JausJloKw/viewform.

 ?? ?? Poster ceramah Buaya: Mitos, Khurafat dan Realiti.
Poster ceramah Buaya: Mitos, Khurafat dan Realiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia