Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n dalam sukan hindar gejala tidak sihat

Bersukan dapat mengasah bakat bahkan dapat membentuk modal insan yang bermutu tinggi: Rubiah

-

KUCHING: Penglibata­n golongan belia secara aktif dalam aktiviti sukan mampu menghindar­kan mereka daripada gejala tidak sihat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, mereka yang meluangkan masa dengan perkara berfaedah seperti bersukan dapat mengasah bakat bahkan dapat membentuk modal insan yang bermutu tinggi.

“Sukan merupakan salah satu platform paling berkesan untuk membina kualiti peribadi mulia melalui disiplin, kesabaran, toleransi, menepati masa, kerja berpasukan, kepimpinan dan sebagainya.

“Justeru, kita harap belia memanfaatk­an peluang dengan menyertai pelbagai aktiviti sukan yang pastinya akan memberi banyak manfaat sekali gus mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat,” katanya memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertanding­an Badminton Kelab Badminton Muara Desa (MDBC) 2024 dan Dewan Arena Datuk Rubiah Wang di Dewan Taman Desa Ilmu di Kota Samarahan, Ahad lalu.

Sementara itu, Rubiah memberitah­u, kerajaan persekutua­n pada pembentang­an lepas telah memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta bagi menyelengg­ara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara khususnya prasarana yang usang.

Selain itu katanya, kerajaan turut memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta geran padanan bagi menggalakk­an

Sukan merupakan salah satu platform paling berkesan untuk membina kualiti peribadi mulia melalui disiplin, kesabaran, toleransi, menepati masa, kerja berpasukan, kepimpinan dan sebagainya.

Datuk Rubiah Wang Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

penganjura­n acara sukan berprestas­i tinggi.

“Kedua-dua peruntukan ini jelas membuktika­n bahawa kerajaan persekutua­n cakna dan mengambil berat dengan penglibata­n sukan dalam kalangan rakyat. Bahkan kerajaan persekutua­n juga telah memperuntu­kkan sebanyak RM30 juta untuk pembanguna­n dan pertumbuha­n e-sukan di negara ini selari dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan yang dikenali di rantau ini,” kata Ahli Parlimen Kota Samarahan itu.

Terdahulu, pertanding­an itu dianjurkan oleh Kelab Badminton Muara Desa (MDBC) dengan kerjasama Jawatankua­sa Pengurusan Dewan Arena Rubiah Wang dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)

diadakan pada 10 dan 11 Februari 2024.

Dalam pertanding­an tersebut menyaksika­n pasangan Cassandra Hazel dan Nurisha Fatihah muncul juara bagi kategori Beregu Wanita.

Manakala Ser Sudin dan

Entali Jingan dinobat sebagai johan bagi kategori Beregu Lelaki Veteran Gabungan Umur 85 Tahun.

Sementara itu gandingan Muhd Amir Asyraaf Sepawi dan Nikram Shazran diumum sebagai johan bagi kategori

Beregu Novis Lelaki.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Samarahan Anuar Da’an, Pegawai Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak dan Pengurus Dewan Taman Desa Ilmu Borhan Silly.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Rubiah bersama yang lain merakam kenangan dengan pemenang Pertanding­an Badminton Kelab Badminton Muara Desa (MDBC) 2024 pada Ahad.
UNTUK ALBUM: Rubiah bersama yang lain merakam kenangan dengan pemenang Pertanding­an Badminton Kelab Badminton Muara Desa (MDBC) 2024 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia