Utusan Borneo (Sarawak)

Pembuatan kraf tangan pertahan seni, jana pendapatan

Berperanan lestari khazanah warisan budaya, promosi identiti budaya, sokong ekonomi masyarakat tempatan

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Pembuatan kraf tangan oleh pelbagai kaum di daerah ini bukan sahaja mempertaha­nkan seni warisan kebudayaan bahkan berpotensi untuk menjana pendapatan.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, pembuatan kraf tangan memainkan peranan yang sangat penting dalam melestarik­an khazanah warisan budaya serta mempromosi­kan identiti budaya sesebuah kaum, selain menyokong ekonomi masyarakat tempatan.

“Penghasila­n pelbagai jenis kraf tangan oleh pelbagai kaum bukan sahaja boleh menggalakk­an industri kreatif dalam kalangan masyarakat setempat di sini, bahkan mampu menyumbang kepada pembanguna­n sosial dan ekonomi masyarakat tempatan melalui pembelajar­an dan peluang pekerjaan serta meningkatk­an ekonomi penduduk serta melonjakka­n lagi industri kraf tangan di Sri Aman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pembuatan Kraftangan (Sugu Tinggi Iban) di Dewan Suarah Sri Aman dekat sini, barubaru ini.

Doris menambah, pembuatan kraf tangan sebenarnya memerlukan minat kerana melalui minat ia boleh menjadi sumber pendapatan jika diusahakan secara terancang dan adanya promosi pemasaran yang baik.

Katanya lagi, terdapat pebagai jenis kraf tangan yang boleh diketengah­kan seperti anyaman manik, tenunan pua kumbu, tenunan kain burik serta pelbagai anyaman lain yang melambangk­an identiti masyarakat tempatan.

Beliau turut memaklumka­n

Penghasila­n pelbagai jenis kraf tangan oleh pelbagai kaum bukan sahaja boleh menggalakk­an industri kreatif dalam kalangan masyarakat setempat di sini, bahkan mampu menyumbang kepada pembanguna­n sosial dan ekonomi masyarakat tempatan melalui pembelajar­an dan peluang pekerjaan serta meningkatk­an ekonomi penduduk serta melonjakka­n lagi industri kraf tangan di Sri Aman.

Datuk Seri Doris Sophia Brodie Ahli Parlimen Sri Aman

perancanga­n untuk melaksanak­an beberapa programber­kaitanpemb­uatan kraf tangan dan pertanian

yang dapat membantu meningkatk­an pendapatan isi rumah.

Sementara itu pengasas

Mitz Agency Roselind Ngali berkata, kursus sugu tinggi itu telah diadakan di Balai Ringin diikuti di Kanowit, Sri Aman serta Tatau.

Beliau yang mula mengajar membuat sugu tinggi sejak 2017 berharap kursus itu akan melahirkan lebih ramai yang mahir agar ia tidak pupus ditelan zaman.

“Kita berharap peserta dapat menghasilk­an produk sugu tinggi sendiri, mungkin bermula dengan membuat untuk keluarga sendiri serta untuk dijual,” ujarnya.

Seramai 20 peserta menyertai kursus pada siri kali ini.

 ?? — Gambar UKAS ?? SENI TEMPATAN: Doris tertarik dengan hasilan sugu tinggi Iban yang dihasilkan peserta kursus. Turut kelihatan Roselind (kiri).
— Gambar UKAS SENI TEMPATAN: Doris tertarik dengan hasilan sugu tinggi Iban yang dihasilkan peserta kursus. Turut kelihatan Roselind (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia