Utusan Borneo (Sarawak)

Produk jualan Hari Kekasih dijangka terus dapat sambutan

-

Di tengah sambutan Tahun Baharu Cina, peniaga pelbagai produk untuk meraikan Hari Kekasih mengharapk­an peningkata­n jualan, ketika penganut Kristian menyambut hari pertama pra-Paskah pada 14 Februari ini.

Dalam tinjauan di Premier 101, Jalan Tun Jugah di Kuching kelmarin, kelihatan beberapa peniaga telah menjual bunga dan hadiah lain sempena Hari Kekasih.

Dua pembantu jualan, Gracie Cielo dan Krishna Charles kelihatan menyusun jambangan bunga segar sebelum membuka gerai.

Ketika ditanya mengenai sasaran jualan di tengah sambutan Tahun Baharu Cina, dengan Hari Kekasih berkongsi tarikh sama dengan Rabu Abu yang disambut oleh penganut Kristian, Krishna yakin dengan hasil jualan yang baik pada tahun ini.

“Jualan akan meningkat kerana orang akan membeli bunga-bunga ini untuk insan istimewa, jadi mereka tidak akan berkira demi orang tersayang.

“Tambahan pula, masyarakat di sekitar kawasan ini juga menggemari bunga segar,” kata Krishna.

Sependapat dengan Krishna, Gracie turut optimis meskipun menanggung perbelanja­an semasa Tahun Baharu Cina dan dalam menyambut Rabu Abu, pasangan kekasih akan tetap membeli hadiah sebagai tanda ingatan Hari Kekasih.

“Saya rasa orang akan tetap membeli (produk Hari Kekasih) kerana Hari Kekasih hanya sekali setahun.

“Pada masa sama, ia juga Rabu Abu, jadi kenapa tidak membeli bunga atau patung untuk orang tersayang,” kata Gracie.

Seorang lagi peniaga di kawasan itu, Jeff Chong

turut menaruh harapan agar keadaan cuaca tidak menjejaska­n jualannya tahun ini.

“Saya tidak pasti bagaimana hasil jualan tahun ini, namun saya berharap ia berjalan dengan baik memandangk­an keadaan cuaca yang kerap hujan di Kuching sejak kebelakang­an ini,” katanya.

Pada 11 Februari, Jabatan Meteorolog­i Malaysia mengeluark­an amaran hujan berterusan di Kuching, Serian dan Samarahan sehingga 13 Februari.

Turut berniaga di kawasan itu, Andy Wee, yang baharu mendirikan gerainya, berharap keadaan cuaca akan menyebelah­i mereka kali ini.

Weejugaden­ganbanggan­ya mempamerka­n produk yang menyerlah — sejambak bunga ditambah dengan sejumlah wang — yang boleh didapati pada harga menarik iaitu RM988.

Sementara itu di Saradise, pembantu jualan Frank Kelimbang yakin sambutan Tahun Baharu Cina dan Rabu Abu tidak akan menjejaska­n jualan Hari Kekasih.

“Kita telah beroperasi di sini sejak dua tahun lalu pada Hari Kekasih, kadar jualan lebih kurang sama (dengan tahun-tahun sebelumnya).

“Satu-satunya perkara yang membimbang­kan saya adalah hujan, kerana ia mungkin menjejaska­n perniagaan,” kata Frank.

Hari Kekasih, berakar umbi dalam tradisi Rom dan Kristian, telah berkembang menjadi perayaan moden yang didedikasi­kan untuk menyatakan cinta dan kasih sayang, ditandai dengan pertukaran hadiah romantis pada 14 Februari.

Tahun ini, Hari Kekasih berkongsi tarikh dengan Rabu Abu yang disambut penganut Kristian, selain di tengah sambutan Tahun Baharu Cina.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MENARIK: Gracie dan Krishna menunjukka­n produk-produk yang dijual sempena Hari Kekasih.
— Gambar Roystein Emmor MENARIK: Gracie dan Krishna menunjukka­n produk-produk yang dijual sempena Hari Kekasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia