Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Khatam Al-Quran SK Encik Buyong berlangsun­g dengan jayanya

-

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong di sini yang diadakan baru-baru ini berlangsun­g dengan jayanya.

Seramai 70 murid pelbagai peringkat umur menyertai majlis yang bermula seawal jam 8 pagi itu, dipimpin Ustaz Rozelan Drahman selaku fatih munabih, Ustaz Nukman Nazaruddin, Ustaz Harith Abdullah Hatta dan Ustaz Fazrul Arwadi Ahmad yang juga guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) di sekolah berkenaan.

Menurut satu kenyataan, majlis khatam al-Quran yang dilaksanak­an setiap tahun ini merupakan antara acara tahunan SK Encik Buyong.

Bagi memeriahka­n majlis ini tahun ini, murid-murid yang terlibat mengenakan pakaian berwarna hijau dan kuning keemasan sedondon sebagai tema majlis khatam al-Quran.

Majlis khatam ini dihadiri tetamu kehormat iaitu Guru Besar SK Encik Buyong Rosnah Posa, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan Dayang Norazimah Abang Muas, Penghulu Morni Abon serta ketua-ketua kaum dari kawasan sekitar.

Lebih menarik lagi majlis ini turut dihadiri ibu bapa semua muridTahun­6danmuridy­ang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang, penyampaia­n sijil tamat persekolah­an bagi kanak-kanak prasekolah (6 tahun) dan pelajar Tahap 6 bagi kelas masing-masing, hadiah kehadiran terbaik, mata pelajaran terbaik dan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) mengikut kategori ditetapkan.

Setelah selesai majlis khatam al-Quran, acara diteruskan dengan majlis apresiasi yang merupakan satu pengiktira­fan atas kecemerlan­gan para pelajar dalam bidang akademik.

Persembaha­n tarian etnik daripada murid SK Encik Buyong yang dipimpin Cikgu Masniah Bojeng memulakan acara pembukaan kali ini.

“Kumpulan Kasuma Tari Junior telah memenangi pertanding­an Persembaha­n Tarian Kreatif Peringkat Negeri Kuching di Festival Kerakyatan Seni Budaya ASWARA anjuran ASWARA.

Dalam ucapan perasmiann­ya Rosnah mengucapka­n terima kasih kepada jawatankua­sa yang terlibat serta sokongan pelbagai pihak membolehka­n majlis yang dirancang dapat dilaksanak­an dengan lancar dan meriah.

Beliau turut memohon agar apa sahaja aktiviti yang melibatkan pihak sekolah dapat dilaksanak­an bersama ibu bapa.

Malah ujarnya, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan kehadiran anak ke sekolah sentiasa dipantau.

Acara kemuncak majlis ini adalah yang paling dinantinan­tikan.

Anugerah Kokurikulu­m dimenangi Syakir Padilah (lelaki) dan Nir Sherina Mohd Alif (perempuan). Manajala Hafiz Syamni Sufian (lelaki) dan Erfa Farisya (perempuan) memenangi Anugerah Akademik Terbaik 2023.

Anugerah Seri Buyong pula milik Mohd Syakir Pedeli.

Penganjura­n program itu dilihat sebagai satu ruang mengeratka­n lagi silaturahi­m antara guru dengan pelajar dan ibu bapa yang seterusnya membawa kepada kerjasama rapat.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Warga pendidik dan murid SK Encik Buyong merakam kenangan pada Majlis Khatam Al-Quran baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Warga pendidik dan murid SK Encik Buyong merakam kenangan pada Majlis Khatam Al-Quran baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia