Utusan Borneo (Sarawak)

LAKU pulihkan tekanan air di 13 kampung yang terjejas

Terus bekerja untuk lepas sekatan dari paip-paip saluran utama air dan dijangka selesai dalam tempoh 24 jam

- LAKU Management Sdn Bhd

Setelah proses ini selesai, bekalan air akan kembali normal secara beransur-ansur di semua kawasan yang terjejas.

LIMBANG: Usaha pemulihan bekalan air sedang dijalankan untuk memulihkan tekanan air melibatkan 13 kampung yang terjejas di sepanjang Sungai Limbang.

LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) dalam kenyataan media semalam berkata, kawasan terjejas termasuk Tedungan, Kampung Mengatai, Ulak, Belading, Anak Bukit, Kuala Awang, Binjai, Ipai, Merasam Bumbun, Meritam,Lubok Sigantang/Aur, Telahak dan Lubok Piasau.

Katanya, pihaknya secara terus menerus bekerja untuk melepaskan sekatan dari paip-paip saluran utama air dan dijangka selesai dalam tempoh 24 jam.

“Setelah proses ini selesai, bekalan air akan kembali normal secara beransuran­sur di semua kawasan yang terjejas,” tambah kenyataan itu.

Menurut LAKU lagi, bekalan air terawat mungkin kelihatan keruh atau kotor selepas proses pembaikan.

“Untuk mengatasi masalah ini, pihak kami akan menjalanka­n aktiviti ‘flushing’ secara menyeluruh untuk memastikan kebersihan dan keselamata­n bekalan air.

“Lori tangki air juga telah dihantar ke kampungkam­pung yang terjejas,” katanya.

LAKU meminta penduduk yang terjejas menghubung­i talian hotline mereka untuk pertanyaan mengenai penghantar­an lori tangki air.

“Pusat pengambila­n air sementara telah disiapkan sejak semalam di kawasan Rumah Kedai Tedungan untuk penduduk yang memerlukan bekalan air dengan segera dengan membawa bekas air masingmasi­ng untuk pengambila­n air pada bila-bila masa.

“Kami menyeru pengguna merujuk kepada sumber rasmi untuk maklumat yang tepat tentang isu ini dan mengabaika­n sebarang maklumat yang tidak

disahkan,” jelasnya.

Untuk maklumat terkini, orang ramai diminta merujuk Hotline 24 Jam 085-215633/215644/211601, laman sesawang www. lakumanage­ment.com. my dan e-mel ke cs_lbg@ lakumanage­ment.com.my.

LAKU juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh gangguan bekalan air ini.

“Kami komited untuk terus memberi maklumat terkini dan memastikan akses anda kepada air yang bersih dan selamat,” kata kenyataan itu.

 ?? ?? TERJEJAS TERUK: Penduduk Kampung Ulak yang mengambil air sungai untuk aktiviti seharian susulan gangguan air yang dihadapi sejak lebih dua minggu.
TERJEJAS TERUK: Penduduk Kampung Ulak yang mengambil air sungai untuk aktiviti seharian susulan gangguan air yang dihadapi sejak lebih dua minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia