Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 46 ahli Pengakap KanakKanak menerima sijil dan rambu

-

Seramai 46 ahli Pengakap Kanak-Kanak menerima Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Sarawakdan­RambuPenga­kap Kanak-Kanak pada Majlis Penyampaia­n Pengiktira­fan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Mohd Musa, Kota Samarahan barubaru ini.

Anugerah ini merupakan tanda pengiktira­fan tertinggi bagi ahli Pengakap KanakKanak­yangtelahm­enamatkan Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak, merangkumi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Perak dan Emas termasuk beberapa lencana lain iaitu Lencana Kegemaran, Pengetahua­n dan Perkhidmat­an.

Mereka terdiri daripada ahli Pengakap Kanak-Kanak daripada enam sekolah rendah iaitu SK Iboi Pelanduk, SJKC Chung Hua Bako, SJKC Chung Hua Asajaya, SK Tambirat, SK Dato Mohd

Musa dan SK Wira Jaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Methodius Macdonald George Segie merasmikan majlis dan berucap mewakili Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Sarawak.

Dalam ucapannya Methodius berkata ketekunan ahli Pengakap KanakKanak menempuh ujian yang ditetapkan menjadi kunci kejayaan mereka dalam meraih kedua-dua anugerah sangat bererti ini.

“Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya,” katanya sambil memuji barisan pemimpin yang peka merangka, merancang dan menjayakan setiap aktiviti yang membolehka­n ahli-ahli pengakap cepat serta mudah menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman untuk lebih bersedia dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada guru besar dan para ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan serta kerjasama yang baik dalam membantu menjayakan program atau aktiviti Pengakap di daerah Samarahan.

Tambahnya dengan sokongan padu ini aktiviti Pengakap ini juga akan menyediaka­n murid-murid bersaing di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pesuruhjay­a Latihan Negeri Ngatiman Sarepin, Penolong Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Juslen Nyuntai, Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Samarahan Mohd Azahar Ramli, Guru Besar SJKC Chung Hua Bako Jong Chiew Kee, Guru Besar SK Dato Mohd Musa Issnu Dollah, penolongpe­nolong Pesuruhjay­a PengakapDa­erah,pemimpinpe­mimpin kumpulan dan bapa penerima Rambu.

 ?? ?? KENANGAN: Methodius (bersongkok) diapit oleh Ngatiman dan Mohd Azhar bersama yang lain merakam gambar bersama para penerima sijil dan rambu.
KENANGAN: Methodius (bersongkok) diapit oleh Ngatiman dan Mohd Azhar bersama yang lain merakam gambar bersama para penerima sijil dan rambu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia