Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan awal tabika amat penting pupuk 3M dalam kalangan kanak-kanak

-

Pendidikan awal tabika amat penting untuk memupuk 3M (membaca, menulis dan mengira) di peringkat awal usia kanakkanak.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sarawak Dirwana Azool berkata, sebelum ke peringkat sekolah rendah dan menengah kanak-kanak seharusnya dapat menguasai 3M.

“Semuanya bermula di tabika, itulah sebabnya tabika adalah sangat penting, di sinilah tempat pertama kita mula mengasah bakat, semangat mereka untuk belajar lebih-lebih lagi dengan 3M.

“Penguasaan 3M ini seharusnya bermula di peringkat tabika lagi,” katanya ketika berucap menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n 2023/2024 dan Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Bahagian Sibu di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pegawai JPNIN Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen, Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) Bahagian Sibu Marlisa Hanip Omar, Pemanca Sharifah Ainie Sayed Alwie dan Pengerusi KRT Nangka/ Bandong/Abang Barieng Drahman Julaihi.

Dirwana menegaskan, 3M merupakan tiga elemen utama yang membolehka­n kanakkanak memikirkan sesuatu yang akhirnya membolehka­n mereka menaakul apa yang seharusnya boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat.

Jelasnya, ini penting untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dengan membentuk keperibadi­an sempurna pada masa depan lebih-lebih lagi ketika melangkah ke alam persekolah­an.

Beliau berkata, kecemerlan­gan anak-anak dalam menguasai 3M ini juga memerlukan permuafaka­tan yang erat di kalangan ibu bapa untuk bersama-sama membantu guru.

“Saya menyeru ibu bapa, teruskanla­h memberi komitmen kepada anakanak dengan meluangkan masa dan waktu anda kepada mereka untuk mengasah bakat mereka, mendidik mereka.

“Jangan serah semua tanggungja­wab mengajar anak-anak kepada guru sahaja kerana terhasilny­a anak-anak cemerlang juga bermula dari rumah,” tegasnya.

Kira-kira 300 kanak-kanak tabika telah diraikan pada majlis tersebut.

Selain majlis konvokesye­n, turut diadakan pertanding­an pintar kreatif dalam kategori tarian, nyanyian, bercerita dan drama muzikal.

 ?? ?? TAHNIAH: Dirwana diiringi Siti (kanan) dan Marlisa (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada kanak-kanak pada Majlis Konvokesye­n 2023/2024 dan Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Bahagian Sibu baru-baru ini.
TAHNIAH: Dirwana diiringi Siti (kanan) dan Marlisa (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada kanak-kanak pada Majlis Konvokesye­n 2023/2024 dan Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Bahagian Sibu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia