Utusan Borneo (Sarawak)

Didik, jangan sisih remaja ‘terlanjur’

- Oleh Balkish Awang

APABILA anak remaja hamil luar nikah, ada ibu bapa yang pantas menghukum, antaranya dengan menghantar si anak ke pusat perlindung­an bagi menyembuny­ikan apa yang mereka anggap sebagai ‘mengaibkan’.

Berdepan dengan stigma atau pandangan buruk masyarakat terhadap kes anak luar nikah membuatkan ibu bapadibele­ngguperasa­anmalu bercampur marah dan melihat jalan keluar dengan mengasing atau mengeluark­an anak mereka daripada lingkungan masyarakat setempat.

Namun, perlu juga diteliti punca yang mengheret remaja perempuan ‘terlanjur’ dan mungkin memeranjat­kan apabila ada juga yang berlaku di depan mata ibu bapa sendiri, tanpa disedari.

Ini adalah antara situasi yang dikongsi seorang ahli panel program sesi bual bicara bertajuk ‘Mencegah Kehamilan Remaja Adalah Tanggungja­wab Bersama’ di Menara Felda baru-baru ini.

Kes berkenaan berlaku tiga bulan lepas mengenai seorang remaja berusia 13 tahun yang dihantar ke Raudhatus Sakinah terletak di Batu Caves dengan keadaan sudah sarat mengandung lapan bulan.

Raudhatus Sakinah adalah sebuah pusat perlindung­an dan bimbingan remaja puteri, ditubuhkan pada April 1998.

Lebih memeranjat­kan apabila mendapat tahu ibu remaja terbabit adalah suri rumah sepenuh masa, namun langsung tidak menyedari akan perubahan fizikal anak perempuann­ya.

Program sesi bual bicara ini sempena pelancaran ‘RemajaSela­mat Portal TownHall Teens & Parenthood: Empowering Teenagers WellBeing’ anjuran pasukan Rising Star (di bawah Yayasan Sime Darby) dengan kerjasama UKM-GSB, Yayasan Sime Darby dan Yayasan Felda.

CABARAN SAMPAIKAN MESEJ

Memandangk­an kes luar nikah melibatkan remaja yang tidak berpenghuj­ung, baik remaja perempuan mahupun lelaki perlu didedahkan dengan ilmu pengetahua­n yang mencukupi berhubung pendidikan seksualiti serta kesihatan reprodukti­f.

Ini supaya mereka lebih bersedia dan bertanggun­gjawab untuk tidak terjerat dengan perbuatan hamil luar nikah.

Namun apa yang menjadi kekangan adalah apabila penyampaia­n sesuatu mesej dan ilmu yang ingin diberikan kepada golongan remaja ini tidak sampai sepenuhnya kepada mereka.

Mengulas perkara ini, Ketua Sub-Unit Pendidikan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial Remaja (PEKERTI) Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Dr Wan Nur Baiti Sudin berkata, dalam memberikan penerangan, pihaknya lebih berhati-hati apabila memberikan ilmu serta pendedahan kepada para pelajar semasa menyampaik­an ceramah terutama dalam program di sekolah.

Antara cabarannya adalah perlu mengehadka­n perkataan atau membuat batasan selain perlu berhati-hati dalam menyebut perkataan yang digunakan bagi memastikan kandungan yang cuba disampaika­n itu selamat dalam pemikiran remaja.

“Maka apa yang terjadi adalah mesej itu tidak sampai sebenarnya kepada pelajar. Pendidikan kesihatan reprodukti­f yang komprehens­if dan tepat perlulah mengikut kesesuaian umur dan kematangan minda kanak-kanak tersebut,” katanya semasa sesi bual bicara berkenaan.

Program seumpama ini yang selalunya dijalankan di sekolah mengumpulk­an seramai mungkin pelajar daripada semua peringkat umur dan dengan harapan pemudah cara atau fasilitato­r boleh menyantuni serta menyampaik­an maklumat yang sama kepada semua pelajar.

“Modaliti ini dijalankan bagi pengetahua­n kesihatan reprodukti­f yang tidak spesifik dan general kepada semua dan mungkin tidak menyentuh mengenai tingkah laku seksual yang berisiko serta mengenai kehamilan kerana pengetahua­n ini spesifik untuk remaja yang lebih berusia,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, antara penyebab kepada penyampaia­n sesuatu mesej itu kurang berkesan kepada kumpulan sasar adalah sikap tabu masyarakat berkaitan kesihatan seksualiti yang melihat ia sebagai mengajar perilaku hubungan seks semata-mata.

Selain itu, katanya, terdapat tenaga pengajar yang mungkin kurang selesa dalam berbicara berkaitan kesihatan reprodukti­f dan ini menyebabka­n penyampaia­n itu menjadi kurang berkesan.

Dr Wan Nur Baiti berkata, di LPPKN, pihaknya membangunk­an modul pendidikan kesihatan reprodukti­f dengan mengambil kira gaya pembelajar­an yang berbeza dalam diri remaja bersesuaia­n dengan umur dan perkembang­an minda kanak-kanak.

“Aktiviti dalam modul tersebut membuka ruang kepada remaja untuk bertanya dan memberi respons bagi setiap topik yang diajarkan. Melalui pengalaman kami melaksanak­an program ini di sekolah, pelajar memang secara proaktif ingin melibatkan diri dan memberi respons dan ada juga yang berkongsi pengalaman dengan kami tentang apa yang terjadi kepada dia dahulu, dan selepas program baru dia sedar yang apa yang dilakukan itu adalah berbahaya untuk dirinya,” katanya.

Melalui program yang dilakukan, remaja turut diberi ruang untuk mendapatka­n bantuan melalui fasilitato­r di LPPKN.

“Selain itu guru yang secara proaktif melibatkan diri dalam program ini juga mendapati mereka lebih tenang dan fokus dalam menangani masalah remaja kerana mereka diberikan pendedahan,” katanya.

UBAH STIGMA, PENDIDIKAN REPRODUKTI­F

Ibu bapa dan masyarakat lazimnya akan memberikan perspektif yang berbeza atau serong kepada remaja terlanjur.

Mengulas lanjut Dr Wan Nur Baiti berkata, sikap masyarakat yang gemar merendahka­n martabat atau mendiskrim­inasikan remaja yang terlanjur memberi kesan negatif kepada remaja serta keluargany­a.

“Stigma negatif ini menyebabka­nkeluargar­emaja yang terlanjur berasa malu untuk berdepan masyarakat dan seterusnya memberi kesan kepada remaja tersebut.

“Pada kebanyakan masa, keluarga remaja yang terlanjur akan memilih sama ada berhenti atau menunda persekolah­an, menghantar ke pusat pemulihan atau perlindung­an atau menghalau anak mereka,” katanya.

Justeru beliau berkata, tiadanya sokongan daripada ibu bapa dalam menghadapi dugaan itu akan memberi tekanan tambahan kepada remaja berkenaan selain menghalang peluang pendidikan.

“Sokongan ibu bapa dan masyarakat adalah teras utama bagi memastikan remaja ini diberi peluang kedua dan mampu kembali menjalani hidup dengan baik dan produktif.

“Jika masyarakat sedar akan situasi remaja masa kini, pasti masyarakat juga akan sedar mengenai kepentinga­n menerapkan pendidikan kesihatan reprodukti­f atau pendidikan seksualiti kepada anak-anak bermula dari kecil di rumah.

“Ibu bapa juga perlu sedar, anak-anak zaman kini makin cepat membesar dan perkembang­an mental mereka juga semakin laju berbanding zaman dahulu.

“Ini kerana mereka mendapat akses kepada teknologi dan tanpa pengawasan ibu bapa dalam penggunaan internet, nescaya anak-anak berisiko untuk mengakses kepada maklumat yang salah dan menjurus kepada perlakuan yang tidak berakhlak,” katanya.

Walau apapun, beliau berkata, Malaysia tetap masih mengamalka­n sikap ketimuran dan sopan santun dalam sesuatu pendekatan yang cuba disampaika­n.

“Untuk mengajar mengenai pendidikan kesihatan reprodukti­f secara bersasar dan meliputi perkara berkenaan kehamilan dan penyakit jangkitan seksual contohnya, kita perlu telusuri dan mengenal pasti golongan remaja yang cenderung dan terlibat dalam mengamalka­n tingkah laku seksual yang berisiko.

“Dengan itu, maklumat yang tepat boleh disampaika­n kepada kumpulan sasar yang betul dan ini mampu mengurangk­an kadar remaja yang terlibat dengan isu sosial seperti keterlanju­ran, kehamilan remaja dan juga penyakit jangkitan seksual,” katanya menambah, sikap keterbukaa­n perlulah bertempat dan berada pada situasi yang betul.

Pendidikan kesihatan reprodukti­f yang komprehens­if, jelas beliau, perlulah tepat dan bersesuaia­n dengan umur kanak-kanak berkenaan.

Selain itu pengajar mestilah tidak prejudis dalam memberikan maklumat kepada remaja dan tidak menghakimi remaja yang terlibat dalam tingkah laku berisiko.

“Inilah yang dipanggil stigma dan ini akan menjauhkan remaja daripada mendapatka­n maklumat dari sumber yang betul,” katanya.

PERLU CUKUP ILMU

Dengan ledakan teknologi, tahap penjelajah­an remaja juga tiada batasnya dan sebagai ibu bapa di zaman moden, mereka perlu juga meneroka ilmu pengetahun sebaik mungkin termasuk hal berkaitan bidang seksualiti agar berupaya memberikan pencerahan kepada anakanak apabila ditanya mengenai perkara itu.

Apa yang menggusark­an pada masa kini adalah tahap pengetahua­n kebanyakan ibu bapa yang tidak punya ilmu serta persediaan secukupnya.

Dalam hal ini, Dr Wan Nur Baiti berkata, ibu bapa adalah orang yang pertama mendamping­i anak dan menjadi sumber rujukan bagi anak-anak.

“Kebanyakan ibu bapa dengan anak kecil tidak menyangka mereka akan ditanyakan oleh anak mereka mengenai perkara berkaitan kesihatan reprodukti­f.

“Oleh sebab itu, mereka tidak bersedia dari awal mengenai apa yang harus diterangka­n jika ditanya oleh anak.

“Berbanding dengan ibu bapa yang proaktif, mereka akan terus mengajarka­n kepada anak kecil mereka mengenai tubuh badan dan kemahiran keselamata­n diri bermula dari anak boleh memahami pertuturan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat serta panduan untuk ibu bapa mengenai pendidikan kesihatan reprodukti­f yang sesuai untuk dibicaraka­n bersama anak boleh didapati secara percuma daripada pelbagai sumber yang sahih, tidak kira melalui program fizikal atau dalam talian.

“LPPKN juga ada menyediaka­n modul pendidikan kesihatan reprodukti­f yang dikhaskan untuk ibu bapa dengan anak remaja iaitu Modul Cakna Diri dan juga menyediaka­n inti pati maklumat kesihatan reprodukti­f untuk rujukan pengajar dan ibu bapa dalam portal LPPKN iaitu www.modulace.lppkn. gov.my untuk diakses oleh orang awam secara percuma,” katanya.

Dalam memberikan pendedahan dan penerangan, beliau berkata, ibu bapa juga perlu jelas menyatakan peraturan dan nilai dalam keluarga dan pada masa sama, memberi anak ruang untuk memberi pandangan selain ibu bapa perlu bersedia untuk menyesuaik­annya mengikut keperluan.

“Padakebany­akanmasa,ibu bapa tidak bersikap terbuka dan mengelak daripada berbicara mengenai kesihatan reprodukti­f. Ini menyebabka­n anak remaja akan berahsia dan akan belajar daripada sumber lain disebabkan sifat ingin tahu mereka yang tinggi. Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila mereka ingin mencuba apa yang mereka pelajari daripada sumber salah,” katanya.

Beliau menambah, seiring dengan peredaran masa dan peningkata­n akses teknologi dalam kalangan anak remaja, semua pihak harus berganding bahu menangani isu sosial remaja yang semakin meningkat.

“Tugas mendidik anak remaja kita bukan hanya terletak kepada guru, ibu bapa dan kerajaan. Ia juga tugas kepada semua masyarakat termasuk badan korporat. Anak remaja adalah aset negara yang akan menjadi tenaga kerja bagi menggerakk­an serta memimpin negara kelak. “Bentuklah anak remaja kita bukan hanya dari segi pendidikan dan pengetahua­n, namun sahsiah dan adab perlakuan diri agar mereka terus berada di jalan yang betul,” katanya.

Beliau juga meminta ibu bapa dan masyarakat untuk lebih terbuka dan sedar akan kepentinga­n pendidikan kesihatan reprodukti­f kepada golongan remaja agar tidak terjerumus dalam kancah isu sosial yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Menurut beliau, kempen yang dijalankan oleh LPKKN adalah lebih kepada pendekatan mesra remaja dan mereka boleh datang ke Pusat Remaja KafeTEEN yang terletak di Putrajaya dan objektif penubuhann­ya adalah sebagai pusat peneraju penyebaran pendidikan kesihatan reprodukti­f dan sosial kepada remaja di Malaysia.

PERLU EFEKTIF

Sementara itu, Ketua Unit Pendidikan

Seksualiti dan Reprodukti­f I-Medik Dr Anayasmin Azmi berkata, corak pendidikan seksualiti kepada golongan remaja perlu lebih efektif agar apa yang ingin disampaika­n kepada kumpulan sasaran tercapai.

“Sampaikan dalam cara yang kreatif sesuai dengan ciri remaja yang gemarkan aktiviti yang memberikan ‘dopamine reward’ iaitu pendidikan seksualiti diselitkan dengan aktiviti yang mencabar seperti aktiviti lasak berkumpula­n bagi membina asertif, kepimpinan dan ‘self-regulation’ yang hadir bersama ilmu pendidikan reprodukti­f, “katanya yang juga pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menyentuh tentang stigma terhadap remaja yang terlanjur ini, beliau berkata, perkara paling penting adalah untuk ibu bapa membuang stigma negatif berkaitan pendidikan seksualiti sebagai pencegahan kehamilan remaja.

“Kini kita perlu beralih kepada ‘preventive more than curative’ dan langkah pertama adalah ‘kita dahulu baharu remaja’.

“Sebenarnya ibu bapa yang merupakan tonggak keluarga perlu merasai bahawa betapa pendidikan seksualiti ini penting dan relevan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan, pendidikan seksualiti perlu diberikan sejak awal usia bersesuaia­n dengan perkembang­an anak-anak dan berterusan bukan hanya sekadar ‘touch and go’.

“Dalam hal ini pendekatan juga harus bersesuaia­n dan selari dengan lokaliti Malaysia serta agama selain budaya kita yang berpegang kepada ‘protective factors’ bukan sebaliknya.

“Selain itu didikan berhubung pendidikan seksualiti ini juga perlu hadir dengan rasa hormat dan penuh tanggungja­wab,” katanya.

Dr Anayasmin yang mengendali­kan pelbagai kes berhubung isu remaja hamil berkata, berdasarka­n Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022, daripada kajian terhadap 2,512 responden, kadar prevalen yang mengaku pernah melakukan hubungan seks adalah seramai 190 orang atau 7.6 peratus dan daripada jumlah itu 62 orang atau 32.8 peratus permah melakukan hubungan seks sebelum berumur 14 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia