Utusan Borneo (Sarawak)

Dhan Illiani bijak imbangi antara sukan hoki ais dan kerjaya

-

BERKECIMPU­NG sebagai pengkarya seni pelbagai disiplin sepenuh masa, ia tidak sedikit pun menghalang Dhan Illiani Yusof untuk menceburka­n diri dalam bidang yang diminati iaitu sukan hoki ais, dengan status atlet kebangsaan.

Wanita muda berusia 27 tahun itu komited dan bijak menguruska­n masa bagi mengimbang­kan antara minat dan kerjaya, sekali gus membuktika­n tiada yang mustahil sekiranya bekerja keras dan tidak pernah berputusa asa.

Ketika ditemui Bernama baru-baru ini, Dhan Illiani berkata dia seorang yang aktif dalam pelbagai sukan olahraga sejak di bangku sekolah rendah, namun disebabkan mengalami kecederaan berterusan impian itu terhenti seketika.

“Setelah beberapa tahun meninggalk­an olahraga dan pulih daripada kecederaan, saya cuba kembali dengan menjinakka­n diri dengan komuniti sukan luncur ais gaya bebas. Tidak disangka, selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ‘dipinang’ persatuan hoki ais untuk menjadi sebahagian pelapis pasukan hoki ais kebangsaan wanita pertama selepas menyertai beberapa sesi pemilihan,” katanya.

Dhan Illiani berkata beliau jatuh cinta sukan itu kerana selain perlu mengimbang­i seluruh anggota badan semasa meluncur di ais dengan kayu hoki yang mengawal bola, stamina dan ‘kelajuan’ yang cukup juga perlu ada untuk melakukan setiap pergerakan.

Menurutnya hoki ais juga adalah sukan yang berintensi­ti tinggi yang memerlukan sistem kardiovask­ular dalam badan ‘bekerja’ dengan lebih tinggi dan setiap pemain perlu memakai gear perlindung­an semasa dalam permainan yang dianggarka­n berat tambahan sekitar empat hingga lima kilogram.

“Dari segi pembahagia­n masa antara kerjaya dan minat, saya akan lihat dari sudut yang mana lebih praktikal mengikut keadaan semasa dan perlu bertolak ansur. Sekiranya ada membabitka­n kejohanan hoki ais, saya akan beri tumpuan lebih dan begitu sebaliknya tanpa mengabaika­n kerjaya seni saya,” katanya.

Sebagai rekod katanya, antara pencapaian terbaik sukan hoki ais kebangsaan wanita ialah muncul juara pada kejohanan ‘Ice Hockey Women’s Challenge Cup Of Asia 2018 di Stadium

Sukan Hoki Ais Empire City Damansara yang disertai pasukan dari luar negara antaranya Filipina, India dan United Arab Emirates (UAE).

Sementara itu menyentuh kerjaya sebagai pengkarya seni pelbagai disiplin, Dhan Illiani yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik berkata beliau banyak menumpukan seni yang berkaitan rekaan fesyen, seni visual, instalasi dan seni persembaha­n.

“Sejak berusia 15 tahun saya minat dengan seni, ia terbentuk secara semula jadi dan tidak formal. Saya gemar mencuba dan mempunyai sifat ingin tahu sesuatu yang kuat serta banyak perkara berkaitan seni saya pelajari sendiri melalui pergaulan dengan komuniti itu.

“Darisegika­rya,sayakurang karya fizikal seperti lukisan, banyak karya saya bergantung kepada jemputan dari galeri atau pameran. Saya lebih cenderung ke arah ekspresi yang menerapkan elemen eksperimen­tal menggunaka­n bahan berlainan seperti ‘mix

 ?? — Gambar Bernama ?? KOMITED: Berkecimpu­ng sebagai pengkarya seni pelbagai disiplin sepenuh masa, ia tidak sedikit pun menghalang Dhan Illiani Yusof untuk menceburka­n diri dalam bidang yang diminati iaitu sukan hoki ais, dengan status atlet kebangsaan.
— Gambar Bernama KOMITED: Berkecimpu­ng sebagai pengkarya seni pelbagai disiplin sepenuh masa, ia tidak sedikit pun menghalang Dhan Illiani Yusof untuk menceburka­n diri dalam bidang yang diminati iaitu sukan hoki ais, dengan status atlet kebangsaan.
 ?? ?? media art’,” katanya yang merupakan lulusan diploma fesyen dari Kolej Universiti Antarabang­sa INTI. — Bernama
media art’,” katanya yang merupakan lulusan diploma fesyen dari Kolej Universiti Antarabang­sa INTI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia