Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat terhempas: CAAM sahkan terdapat dua mangsa termasuk juruterban­g

-

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) mengesahka­n terdapat dua mangsa termasuk seorang juruterban­g berada dalam pesawat ringan model BK 160 Gabriel, semasa ia terhempas di Kapar, Selangor semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan memaklumka­n, keadaan kedua-dua mangsa bagaimanap­un masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Beliau berkata sebelum kejadian, pesawat dengan nombor pendaftara­n I-POOC yang dikendalik­an oleh Air Adventure Flying Club itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 1.28 petang bagi penerbanga­n rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya.

Beliau berkata Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik­al Kuala Lumpur

(KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), diaktifkan sertamerta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanak­an oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementeria­n Pengangkut­an mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbanga­n Awam 2016,”

katanya.

Sementara itu di KAPAR, seorang penduduk di Kampung Tok Muda, di kawasan sekitar tempat kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas tengah hari semalam berkata, beliau melihat pesawat itu terbang dalam keadaan ‘tidak betul’ di udara sebelum terhempas.

Jinaidi Nasiran, 55, berkata

ketika itu beliau sedang menukar tayar kereta di kawasan rumahnya, yang bertentang­an dengan lokasi kejadian.

“Pesawat itu menjunam laju, jatuh dalam pukul 1.30 petang… saya terus ke lokasi terhempas, saya lihat pesawat itu sudah berkecai dan sedikit tertanam di dalam tanah.

“Saya cuba juga tengok jika ada mangsa, tapi tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu, seorang peniaga Siti Zubaidah Salin, 60, yang tinggal kira-kira 150 meter dari kawasan kejadian berkata semasa kejadian beliau terdengar dentuman kuat dan berasa gegaran, yang pada mulanya disangkaka­n gempa bumi.

“Makcik sedang berehat dalam rumah, baru balik meniaga, tiba-tiba rasa macam gempa bumi. Makcik keluar ke rumah tengok kalau jadi apa-apa (susulan) tapi tiada apa berlaku, tiba-tiba dengar orang bising... pesawat terhempas,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga buah Sufian Hadi Abas, 45, berkata beliau mendengar satu letupan kuat dan nampak jelas serpihan-serpihan pesawat berterbang­an bersepah semasa kejadian.

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan awal petang semalammen­gesahkanpe­sawat ringan model BK 160 Gabriel itu terhempas di Kapar, Selangor semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Beranama ?? MULAKAN SIASATAN: Anggota forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat persiapan sebelum masuk ke dalam kawasan kejadian sebuah pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda Kapar,dekat Klang, semalam.
— Gambar Beranama MULAKAN SIASATAN: Anggota forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat persiapan sebelum masuk ke dalam kawasan kejadian sebuah pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda Kapar,dekat Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia