Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pihak ketiga dilantik dapatkan maklumat, butiran pelanggan: Bank Islam

- — Bernama

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menegaskan tiada pihak ketiga dilantik untuk mendapatka­n maklumat dan butiran akaun pelanggann­ya.

Bank Islam dalam kenyataan memaklumka­n sebarang perubahan pada butiran dan akaun perbankan pelanggan hanya menerusi platform rasminya termasuk Perbankan Internet Bank Islam (www.bankislam. biz), aplikasi mudah alih GO by Bank Islam atau GO Biz by Bank Islam dan Be U by Bank Islam.

Selain itu, sebarang muat turun juga perlu dilakukan daripada gedung aplikasi rasmi seperti Google Play Store dan Apple Apps Store.

Sehubungan itu, Bank Islam mengingatk­an orang ramai supaya sentiasa melindungi butiran peribadi dan akaun daripada kaedah penipuan (scam) yang melibatkan pancingan data (phishing) dan perisian hasad (malware).

“Pancingan data adalah amalan menghantar e-mel atau mesej secara dalam talian daripada pihak yang menyamar sebagai syarikat yang sah agar pengguna mendedahka­n maklumat peribadi seperti kata laluan, nombor akaun, kad kredit dan debit serta pelbagai butiran penting lain.

“Perisian hasad direka khas untuk mendapatka­n maklumat, merisik, mengawal dan menyerang peranti peribadi pengguna seperti telefon dan jam pintar, tablet serta komputer. Penjenayah akan memasukkan perisian hasad ke dalam peranti menggunaka­n aplikasi yang mereka bangunkan. Kebiasaann­ya ia kelihatan seumpama aplikasi yang sebenar bagi mengaburi pertimbang­an pelanggan,” menurut kenyataan itu.

Bank Islam turut menyeru orang ramai agar tidak menyimpan maklumat nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam pelayar (browser) laman sesawang mereka.

Menurut kenyataan itu pelanggan boleh mengamalka­n kawalan kendiri untuk melindungi diri daripada pancingan data dan perisian hasad dengan mengambil beberapa langkah antaranya tidak mendedahka­n butiran peribadi dan akaun serta kata laluan dengan pihak ketiga, menggunaka­n fungsi pengesahan dua faktor (two factor authentica­tion) bagi memastikan keselamata­n aplikasi dan menukar kata laluan secara berkala.

“Pengguna juga perlu sentiasa berwaspada apabila terdapat aplikasi yang meminta kebenaran akses, jangan klik atau memuat turun teks atau e-mel yang mengandung­i pautan yang tidak dikenali atau sah. Memuat turun dan mengemas kini aplikasi antivirus, serta memantau akaun dan penyata bagi mengesan sebarang aktiviti perbankan yang mencurigak­an atau tidak disahkan,” katanya.

Bank Islam memaklumka­n pihaknya mengambil langkah proaktif dalam memastikan keselamata­n akaun deposit dan transaksi pelanggan yang selamat, di samping melaksanak­an pengawasan keselamata­n dan pengawalse­liaan yang mematuhi standard industri.

Pelanggan boleh menghubung­i Pusat Panggilan Bank Islam di 03-2690 0900 atau emelcontac­tcenter@bankislam. com.my serta menghubung­i Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 sekiranya akaun mereka disyaki telah dicerobohi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia