Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam dinilai melalui sistem DEEP bermula tahun ini

Penilaian mula dengan mata 100%, demerit jika gagal capai objektif

- Tan Sri Mohd Zuki Ali Ketua Setiausaha Negara

PUTRAJAYA: Semua penjawat awam akan dinilai menggunaka­n sistem Demerit Performanc­e Evaluation (DEEP) bermula tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, pelaksanaa­n sistem DEEP telah dipersetuj­ui Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Menurutnya, melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan.

“Tujuan kita perkenal (DEEP), kaedah penilaian baharu adalah untuk pastikan pertamanya kita buat penilaian atas keupayaan dan kesungguha­n pegawai laksana tanggungja­wab diberikan.

“DEEP ini kita bagi (markah) 100 peratus. Kita demerit kalau katakan tidak capai petunjuk prestasi utama (KPI) atau tugasan gagal laksana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an amanat 2024 di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapan amanatnya, Mohd Zuki

berkata sistem DEEP dibuat bukan untuk menghukum mana-mana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan.

“Penilaian tepat dan adil adalah mustahak dan ia akan memberikan impak (kepada perkhidmat­an awam),” katanya.

Sementara itu, beliau

meminta seluruh warga perkhidmat­an awam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita semua perlu pastikan dasar diperkenal kerajaan disokong sebaik mungkin di semua peringkat,” katanya. — Bernama

“Tujuan kita perkenal (DEEP), kaedah penilaian baharu adalah untuk pastikan pertamanya kita buat penilaian atas keupayaan dan kesungguha­n pegawai ” laksana tanggungja­wab diberikan.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Mohd Zuki bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 bertemakan ‘Kitalah Benteng Malaysia’di Puspanitap­uri dekat Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Mohd Zuki bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 bertemakan ‘Kitalah Benteng Malaysia’di Puspanitap­uri dekat Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia