Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang hilang dalam kebakaran di taman hiburan paling besar di Sweden

-

Seorang dilaporkan hilang dalam kebakaran di taman hiburan paling besar di Sweden kelmarin, memusnahka­n sebuah taman air yang baharu dibina, menurut pihak berkuasa.

Polis dan pemilik taman menyatakan mereka sedang mencari seorang pekerja di Taman Hiburan Liseberg di tengah Gothenburg.

Polis telah mengosongk­an sebuah hotel dan beberapa pejabat yang bersambung dengan taman hiburan dan memberikan amaran kepada penghuni rumah-rumah di kawasan itu agar tidak keluar disebabkan asap.

Menurut polis, 16 orang mengalami kecederaan ringan namun tiada seorang pun yang memerlukan rawatan hospital.

Pihak perkhidmat­an kecemasan Gothenburg berkata ia akan mengambil masa sehingga pagi semalam untuk memadamkan kebakaran.

Beberapa gambar menunjukka­n bebola api yang meletus, ketika api dan beberapa letusan lain memusnahka­n sebuah gelongsora­n air dan kepulan asap hitam naik melitupi bandar tersebut.

“Kebakaran berasal pada salah satu dari tarikan air di luar bangunan utama di taman air serta kemudian merebak di seluruh bangunan,” kata Liseberg dalam satu kenyataan.

Bagaimanap­un, punca kebakaran masih belum diketahui. Pihak polis berkata insiden itu sedang disiasat sebagai “kemalangan di tempat kerja”.

Taman air itu merupakan sebahagian daripada tindakan memperluas­kan taman dan dijangka akan dibuka pada tahun ini.

Agensi berita TT berkata laporan menganggar­kan kos bagi taman air yang baharu berjumlah 1.2 bilion kronor (AS$115 juta).

NCC, syarikat pembinaan yang membina fasiliti tersebut, berkata kerja telah dilakukan di tempat itu, namun mereka tidak tahu punca kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia