Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden tembakan di New York, seorang maut, lima tercedera

Akibat perbalahan dua kumpulan di stesen kereta api bawah tanah

-

NEW YORK: Seorang maut dan lima tercedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York sejurus sebelum waktu sibuk pada tengah hari kelmarin, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa dimaklumka­n hanya selepas jam 4.30 petang waktu tempatan dan enam orang telah dibawa ke hospital, menurut jabatan bomba.

“Kami tidak percaya ini insiden tembakan secara rambang. Kami percaya semuanya bermula daripada perbalahan antara dua kumpulan di dalam kereta api,” kata ketua polis transit New York Michael Kemper.

“Malangnya, salah seorang mangsa, lelaki berusia 34 tahun, disahkan meninggal dunia.”

Terdapat respons kecemasan utama di stesen kereta api bawah tanah Mount Eden Avenue di utara Bronx, sembilan batu (14 kilometer) di Times Square di Manhattan, kata koresponde­n AFP.

Para detektif polis dan ejen dari pihak persekutua­n Biro

Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) berada di tempat kejadian untuk melakukan pencarian cap jari selepas tembakan.

Insiden tembakan beramai-ramai biasa berlaku di Amerika Syarikat (AS), di mana terdapat lebih banyak senjata berbanding manusia dan kira-kira satu pertiga daripada golongan dewasa memiliki senjata api.

Tinjauan menunjukka­n majoriti rakyat AS memihak kepada peraturan senjata yang lebih tegas, namun pelobi senjata yang berkuasa dan pengundi yang dikerahkan menyokong budaya bagi hak senjata yang kuat di negara ini telah beberapa kali meremehkan anggota perundanga­n dari mengambil tindakan.

New York memiliki kadar homisid yang lebih rendah berbanding mana-mana bandar utama AS yang lain, dan pemilikan senjata api di tempat umum adalah tidak dibenarkan bagi orang awam dalam kebanyakan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia