Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan bom di kem orang hilang tempat tinggal ragut tiga nyawa

-

GOMA:Sekurang-kurangnya tiga orang maut kelmarin dan 12 tercedera apabila sebiji bom mengenai sebuah kem orang hilang tempat tinggal ketika pertempura­n sengit di timur Demokratik Republik Congo (DRC), kata sumber tempatan.

Pasukan tentera kerajaan dan pemberonta­k M23 bertempur pada hari itu di wilayah Sake, 20 kilometer (12 batu) di barat ibu negeri wilayah Goma, menurut sumber tersebut.

Satu sumber masyarakat awam menuduh kumpulan M23 telah menyerang kem Zaina.

“Terdapat lima orang terkorban dan 15 lagi tercedera,” kata sumber itu.

Satu sumber perubatan melaporkan tiga daripada 18 korban telah meninggal dunia dalam serangan.

“Pertempura­n berterusan pada petang ini. Situasi akan membawa kepada gelombang baharu bagi penduduk yang hilang tempat tinggal di kalangan populasi,” menurut sumber pentadbira­n.

Menteri Komunikasi dan jurucakap kerajaan Patrick Muyaya menerusi platform X, telah menuduh pasukan tentera Rwanda “melancarka­n bom pada awal petang” dan menyenarai­kan lapan orang yang mengalami kecederaan serius.

Pertempura­n menjadi tegang antara M23 – antara yang paling kuat daripada beberapa kumpulan bersenjata yang beroperasi di wilayah timur bermasalah – dan tentera DRC.

Pertempura­n telah mendorong ribuan warga awam meninggalk­an pekan Sake, sebuah lokasi strategik dalam laluan menuju Goma, ibu negeri Kivu Utara.

Pihak M23 telah merampas beberapa kawasan di wilayah itu sejak bangkit semula pada lewat 2021, di sebuah kawasan yang terjejas akibat ketegangan dan perang wilayah selama beberapa dekad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia