Utusan Borneo (Sarawak)

Qatar bebas lapan bekas kakitangan tentera laut India

-

Kementeria­n luar negara India kelmarin berkata Qatar telah membebaska­n lapan bekas kakitangan tentera laut yang sebelum ini ditahan dan dijatuhkan hukuman mati, dilaporkan kerana mengintip untuk Israel.

Pihak kementeria­n luar negara tidak pernah memberikan maklumat mengenai lapan rakyat India itu atau jenayah mereka, serta Qatar tidak pernah memberikan komen mengenai kes atau membuat dakwaan secara umum.

Namun media India melaporkan lelaki tersebut – di kalangan mereka adalah bekas pegawai berpangkat tinggi dan mendapat penghargaa­n, termasuk kapten yang pernah memerintah kapal perang – telah ditangkap di Doha pada Ogos 2022.

Pada Oktober, India berkata ia “terkejut” selepas sebuah mahkamah Qatar menjatuhka­n hukuman mati, namun hukuman itu diringanka­n pada Disember.

Lapan lelaki itu merupakan kakitangan Al Dahra, sebuah syarikat berpusat di Teluk yang menawarkan “solusi sokongan lengkap” kepada sektor ruang angkasa, keselamata­n dan pertahanan, menurut laman sesawangny­a.

Akhbar Hindu melaporkan lelaki tersebut telah mengintip bagi “negara ketiga”, sementara Times of India menyatakan “pelbagai laporan mendakwa mereka telah dituduh mengintip untuk Israel”.

Kelmarin, New Delhi mengumumka­n kesemua lelaki itu telah dibebaskan.

“Kerajaan India menyambut baik pembebasan lapan rakyat India yang bekerja untuk syarikat Dahra Global yang telah ditahan di Qatar,” kata kementeria­n luar negara dalam satu kenyataan.

“Tujuh daripada lapan orang itu telah kembali ke India,” tambahnya, berterima kasih kepada Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dari Qatar untuk keputusan “yang membolehka­n pembebasan dan kepulangan” tahanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia