Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai Hizbullah cedera parah dalam serangan Israel di Lubnan

- — AFP

Seorang pegawai tempatan Hizbullah mengalami kecederaan serius kelmarin dalam serangan udara Israel ke atas keretanya di selatan Lubnan, kata sumber keselamata­n Lubnan.

Tentera rejim Israel dan pergerakan Lubnan Hizbullah, sekutu Hamas, saling berbalas tembakan hampir setiap hari sejak peperangan meletus pada 7 Oktober di Semenanjun­g Gaza.

Sumber berkata serangan udara Israel menyasarka­n seorang pegawai tempatan Hizbullah di pekan Bint Jbeil dan pegawai itu mengalami kecederaan serius.

Sementara akhbar rasmi Lubnan, National News Agency, melaporkan “dron musuh menyasarka­n sebuah kereta berhampira­n hospital” di Bint Jbeil, yang terletak berdekatan sempadan selatan negara dengan Israel.

Seorang wartawan AFP di kawasan melihat kereta yang disasarkan, rosak teruk dengan bahagian bumbungnya tembus.

Rejim Israel telah melancarka­n satu siri serangan sejak beberapa hari lepas yang mencederak­an anggota kumpulan bersenjata Lubnan

dan Palestin di selatan Lubnan.

Pada Sabtu, pegawai kanan Hamas Bassel Saleh terselamat dalam serangan Israel ke atas keretanya di pekan Hula di sempadan Lubnan, menurut sumber keselamata­n, sambil menambah bahawa dua orang lagi terbunuh dalam serangan itu.

Pada Khamis, serangan dron Israel mengakibat­kan kecederaan serius kepada seorang komander Hizbullah di bandar selatan Nabatiyeh, dengan kumpulan itu kemudian menembak beberapa roket ke utara Israel.

Serangan Israel kelmarin menyasarka­n beberapa kampung di selatan Lubnan, menurut wartawan AFP dan NNA.

Serangan merentasi sempadan sejak bermulanya perang Israel-Hamas telah membunuh sekurangku­rangnya 231 orang di Lubnan, kebanyakan­nya pejuang Hizbullah, dan termasuk 30 warga awam, menurut kiraan AFP.

Di pihak Israel, sembilan anggota tentera dan enam warga awam terbunuh, kata jurucakap tentera Israel.

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Tentera Lubnan memeriksa kereta yang musnah dalam serangan dron Israel di kampung Jadra antara Beirut dan bandar selatan Sidon pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP MUSNAH: Tentera Lubnan memeriksa kereta yang musnah dalam serangan dron Israel di kampung Jadra antara Beirut dan bandar selatan Sidon pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia