Utusan Borneo (Sarawak)

Pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran di Flat Sri Sabah

-

Kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras pada malam Ahad lepas, dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kebakaran bermula di unit nombor tiga selain turut menafikan dakwaan bahawa ia berpunca daripada bunga api.

“Siasatan forensik kita mengesahka­n kebakaran tersebut dipercayai disebabkan punca elektrik dan ia tertumpu kepada kotak agihan (DB). Kita percaya 90 peratus ia adalah punca kebakaran dan 10 peratus lagi kita sedang mengesahka­n dari segi ujian teknikal bahawa itu adalah punca utama.

“Makna ia bermula di situ dan merebak ke unit-unit lain... ia merebak ke unit kedua dan keenam,” katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Cheras di sini semalam.

Dalam kejadian itu, lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70, flat berkenaan musnah dalam kebakaran dengan tiada kematian dilaporkan.

Beliau juga berkata dakwaan bahawa pili bomba tidak boleh digunakan adalah tidak benar, sebaliknya menjelaska­n bahawa alat bantu mula atau hose reel di bangunan berkenaan yang tidak berfungsi.

Susulan itu, Muhammad Salleh berkata pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi tujuan pemeriksaa­n menyeluruh di flat-flat kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tindakan segera bagi mengelakka­n isu berkenaan berulang.

“Kita akan buat segera. Kita akan buat siasatan dan cadangan yang perlu untuk pertingkat dan baiki sistemsist­em yang ada di bangunan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata jumlah kerugian masih dalam peringkat siasatan dan akan dimaklumka­n kelak.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENJELASAN: Muhammad Salleh Abdul mengadakan sidang media selepas membuat lawatan di Flat Sri Sabah, Cheras semalam.
— Gambar Bernama PENJELASAN: Muhammad Salleh Abdul mengadakan sidang media selepas membuat lawatan di Flat Sri Sabah, Cheras semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia