Utusan Borneo (Sarawak)

Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibata­n dalang setakat ini

Bagaimanap­un, siasatan lanjut tentang kejadian itu sedang dijalankan

- Datuk Ruslin Jusoh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen setakat ini tidak mengesan penglibata­n dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb lepas, kata ketua pengarahny­a Datuk Ruslin Jusoh.

(Jabatan) Imigresen tidak nampak lagi ada penglibata­n dalang dalam kes berkenaan (131 pendatang meloloskan diri) dan siasatan masih dibuat.

Beliau berkata bagaimanap­un siasatan lanjut tentang kejadian itu sedang dijalankan.

“(Jabatan) Imigresen tidak nampak lagi ada penglibata­n dalang dalam kes berkenaan (131 pendatang meloloskan diri) dan siasatan masih dibuat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV semalam.

Dalam menyiapkan siasatan kejadian itu, Jabatan Imigresen katanya, turut menemu bual beberapa tahanan yang berada di dalam depot imigresen berkenaan.

Menurut Ruslin, Jabatan Imigresen menjangkak­an kertas siasatan kejadian itu siap akhir bulan ini.

Beliau berkata selain Jabatan Imigresen, siasatan turut dilaksanak­an agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia.

Pada ketika ini katanya, Jabatan Imigresen memiliki 18 depot kekal dan dua depot sementara di Bidor serta

Beranang, Selangor dengan penilaian jabatan menunjukka­n keadaan keselamata­n di depot sementara Beranang adalah terkawal.

Ruslin berkata sebaik sahaja menyelesai­kan kertas siasatan, pihaknya akan meneliti perkara yang disyorkan dan mengemukak­an kepada Kementeria­n Dalam Negeri.

Ditanya mengenai usaha mencari sebahagian daripada pendatang asing yang masih bebas, beliau berkata radius pencarian kini diperluas sejauh 15 kilometer.

“Dalam erti kata lain, Jabatan

Imigresen tidak hentikan pencarian dan bilik gerakan masih dibuka. Saya yakin mereka ini (pendatang asing) tidak boleh bersembuny­i dan bertahan lama dalam hutan. Lambat-laun mereka akan keluar dan meminta makanan daripada penduduk kampung,” katanya. — Bernama

 ?? ?? RUSLIN
RUSLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia