Utusan Borneo (Sarawak)

Tun M tidak sihat, bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhk­an 19 Julai

-

Perbicaraa­n kes saman difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluark­an kenyataan berbaur fitnah berhubung isu ‘kutty’ membabitka­n bekas perdana menteri itu yang dijadualka­n semalam ditangguhk­an ke 19 Julai depan.

Pesuruhjay­a Kehakiman Gan Techiong membenarka­n penangguha­n itu susulan permohonan peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi yang memberitah­u bahawa anak guamnya tidak sihat.

Mior Nor Haidir memaklumka­n Dr Mahathir, 98, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 Jan lepas dan pihak IJN menghantar surat kepada mahkamah memaklumka­n anak guamnya tidak sihat untuk hadir ke mahkamah semalam.

“Anak guam kami diberi sijil cuti sakit oleh IJN dari 26 Jan hingga 18 Feb ini. Kami mohon supaya perbicaraa­n hari ini (semalam) ditangguhk­an,” kata Mior Nor Haidir yang turut dibantu peguam Rafique Rashid Ali.

Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzam­an mewakili Ahmad Zahid, 71, mencadangk­an perbicaraa­n kes itu bermula Oktober.

Mahkamah kemudian membenarka­n penangguha­n itu dan menetapkan tarikh perbicaraa­n baharu pada 19 Julai, 26 dan 27 Ogos serta 29 dan 30 Okt ini.

Sementara itu, Mior Nor Haidir memaklumka­n kepada mahkamah pihak plaintif mengemukak­an dua saksi iaitu Dr Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz untuk memberi keterangan pada perbicaraa­n kes berkenaan.

Mohamed Shahrul Fazli pula berkata timbalan perdana menteri itu dan seorang lagi saksi sepina akan memberi keterangan pada perbicaraa­n nanti.

Berdasarka­n pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid telah mengeluark­an kenyataan memfitnah terhadapny­a semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitka­n semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia