Utusan Borneo (Sarawak)

Juve dikejutkan di laman sendiri

Tewas 0-1 kepada Udinese, beri Inter kelebihan tujuh mata di singgahsan­a Serie A Itali dengan kurang satu perlawanan “

- — AFP

TURIN: Inter Milan kini memiliki kelebihan tujuh mata di singgahsan­a Serie A Itali dan juga kurang satu perlawanan selepas pencabar terdekatny­a, Juventus, dikejutkan 0-1 oleh Udinese di tempat sendiri pada Isnin.

Harapan kejuaraan liga buat Juventus terjejas di Stadium Allianz selepas Lautaro Giannetti menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada minit ke-25.

Ia adalah gol pertama Giannetti sejak menyertai Udinese bulan lepas dan memberikan pasukannya kemenangan liga yang ketiga mereka musim ini.

Udinese, yang dibimbing Gabriele Cioffi, ketika ini memiliki kelebihan tiga mata di atas zon penyingkir­an selepas memberikan Juventus kekalahan kedua berturuttu­rut selepas tewas di Inter minggu lepas.

“Malangnya, ia bukan tempoh yang hebat untuk kami ketika ini,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Kami perlu mengembali­kan fokus kerana kami masih memerlukan banyak mata jika mahu layak ke Liga

Juara-Juara.”

Juventus, yang tidak dapat menurunkan penyerang Dusan Vlahovic kerana kecederaan, hanya mampu menyalahka­n diri mereka sendiri kerana tidak mencipta banyak peluang dan dicemuh penyokong sendiri selepas satu lagi aksi hambar dengan impian kejuaraan liga semakin pudar.

Peluang terbaik untuk Juventus mengikat kedudukan ialah dalam separuh masa kedua apabila Arkadiusz Milik menanduk masuk satu tendangan sudut tetapi gol itu tidak dibenarkan kerana tendangan lencong Federico Chiesa sudah keluar dari garisan padang.

Kekalahan pertama di tempat sendiri buat Juventus sememangny­a hadir pada yang sangat baik buat Inter, yang menewaskan AS Roma 4-2 pada Sabtu.

Pendahulu liga mempunyai satu jadual sukar, termasuk perlawanan menentang Atletico Madrid di pusingan kedua Liga Juara-Juara dan juga kurang satu perlawanan, menentang Atalanta dalam beberapa minggu akan datang.

Kami perlu mengembali­kan fokus kerana kami masih memerlukan banyak mata jika mahu layak ke Liga JuaraJuara. ” Massimilia­no Allegri Jurulatih Juventus

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Sebahagian daripada aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Udinese di Stadium Allianz, Turin, kelmarin.
— Gambar AFP RANCAK: Sebahagian daripada aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Udinese di Stadium Allianz, Turin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia