Utusan Borneo (Sarawak)

Fink raih emas acara 100 meter kuak dada lelaki

-

Perenang dari Amerika Syarikat (AS), Nic Fink, meraih pingat emas dalam acara 100 meter kuak dada lelaki ketika bintang dari British, Adam Peaty akur dengan pingat gangsa sekembalin­ya ke kejohanan renang dunia di sini pada Isnin.

Fink, pemenang pingat perak dan gangsa pada dua edisi terakhir kejohanan, menang dengan masa 58.57 saat, diikuti perenang dari Itali yang juga juara dunia 2022, Nicolo Martinengh­i, kurang 0.27 saat.

Juara dua kali Olimpik yang juga pemegang rekod dunia, Peaty, terpaksa akur di tempat ketiga dengan masa 59.10 saat.

Perenang berusia 29 tahun itu muncul pada kejohanan dunia buat kali pertama sejak 2019. Dia berehat seketika tahun lepas untuk memberi perhatian kepada kesihatan mentalnya.

Dengan ketiadaan Peaty, jaguh dari China, Qin Haiyang menyapu bersih acara 50, 100 dan 200 meter kuak dada di Fukuoka, Jepun tahun lepas, muncul sebagai ancaman serius kepada Peaty pada Sukan Olimpik Paris tahun ini.

Qin, 24, bagaimanap­un tidak ke Qatar untuk kejohanan dunia kali ini.

Peaty menggambar­kan kemenangan pingat gangsa sebagai “mengecewak­an”.

“Kepantasan adalah baik, sepanjang lima bulan akan datang,saya tahu ia akan lebih bagus dan ia adalah kemampuan saya tetapi kemahiran saya tidak cukup bagus ketika ini,” katanya.

“Jadiiaagak­mengecewak­an kerana kami tidak dapat ke sini untuk pingat, saya benar-benar tidak kisah tentang sasaran untuk satu pingat di sini kerana ia bukan satu-satu sasaran, kami datang dari hasil kerja keras dan malam semalam memberikan saya bayangan harapan di mana saya boleh lebih pantas berbanding hari ini.”

Dalam acara lain, perenang remaja dari Portugal, Diogo Matos Ribeiro memenangi acara 50 meter kupu-kupu lelaki dengan mengatasi

Michael Andrew dari AS dan Cameron McEvoy dari Australia.

Perenang berusia 19 tahun itu merupakan pemegang rekod dunia remaja dan memperbaik­i pencapaian pingat perak yang dimenangi pada kejohanan dunia di Fukuoka tahun lepas.

Dia juga mencipta sejarah untuk Portugal apabila memenangi kejuaraan dunia sulung buat negaranya dalam kejohanan renang dunia.

Rakan senegara Fink, Kate Douglass, mempertaha­nkan kejuaraan 200 meter rampaian individu wanita dengan masa 2 minit 7.05 saat, kurang satu saat di luar rekod dunia.

Sydney Pickrem dari Kanada memenangi pingat perak sementara Yu Yiting dari China memenangi gangsa.

Pingat emas dalam acara 100 meter kupu kupu wanita dimenangi Angelina Kohler dari Jerman dengan catatan masa 56.28 saat, mengatasi Claire Curzan dari AS dan Louise Hansson dari Sweden. — AFP

 ?? FINK ??
FINK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia