Utusan Borneo (Sarawak)

Messi terima jemputan bermain bersama skuad Olimpik Argentina

-

Lionel Messi menerima satu jemputan untuk bermain bersama skuad Olimpik Argentina di Sukan Olimpik 2024, menurut jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Argentina, Javier Mascherano.

Argentina menewaskan juara bertahan acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik, Brazil 1-0 untuk mengesahka­n satu tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Semua orang tahu perhubunga­n saya dengan Leo (Messi), persahabat­an yang saya ada dengan beliau,” kata Mascherano.

“Seorang pemain seperti Leo sentiasa mempunyai pintu yang terbuka untuk bersama-sama dengan kami (di Sukan Olimpik), maka semuanya akan bergantung kepadanya dan komitmenny­a.”

Messi, yang menjadi kapten Argentina ketika memenangi Piala Dunia 2022, meraikan kejayaan Argentina layak ke Sukan Olimpik dengan memuat naik gambar pasukan bimbingan Mascherano di laman media sosial Instagram dengan kapsyen “VAMOS!!!” selepas kemenangan ke atas musuh tradisi mereka, Brazil.

Pemain tengah Bawah 23 Tahun Argentina, Thiago Almada, berkata ia pastinya satu impian untuk mempunyai Messi dalam skuad Olimpik.

“Saya berharap dia mempunyai keinginan, di mana dia boleh berada di sini (skuad Olimpik),” kata Almada.

“Kami harus melihat bagaimana situasinya ketika itu, ia pastinya satu impian di mana dia akan dapat bermain.”

Messi memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Beijing 2008 dan presiden Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), Thomas Bach, pernah berkata baru-baru ini di mana ia pastinya “hebat untuk Sukan Olimpik untuk melihat dia kembali ke Sukan Olimpik.”

Bagaimanap­un, Messi sudah menyuaraka­n keinginann­ya untuk bertanding dalam Copa Amerika 2024, yang akan berlangsun­g di Amerika Syarikat dari 20 Jun hingga 14 Julai, kurang dari dua minggu sebelum Sukan Olimpik

Paris bermula.

Dengan musim Liga Bola Sepak Utama (MLS) tetap berjalan ketika Copa Amerika berlangsun­g, Messi dijangka tidak akan dapat beraksi dalam beberapa perlawanan bersama kelabnya, Inter Miami. — AFP

 ?? MESSI ??
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia