Utusan Borneo (Sarawak)

Alonso tegaskan tidak punyai hubungan dengan Mercedes

-

Pemandu pasukan Formula Satu (F1) Aston Martin, Fernando Alonso, menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perhubunga­n dengan pasukan Mercedes berikutan dengan berita di mana Lewis Hamilton akan meninggalk­an pasukan itu pada akhir tahun ini untuk menyertai pasukan Ferrari.

Seperti ramai orang dalam dunia sukan bermotor, Alonso berkata dia juga terkejut dengan pengumuman Hamilton, yang akan menyaksika­nnya meninggalk­an Mercedes pada pertengaha­n kontrak baharu dua tahun dan selepas 12 tahun memandu bersama pasukan.

“Mungkin ia berita mengejutka­n, saya tidak mahu menipu,” kata Alonso, yang pernah memandu untuk Ferrari di antara 2010 dan 2014. “Tetapi bukan kerana perubahan itu, ia hanya kerana dari luar, ia kelihatan seperti dia terikat dengan Mercedes dan sangat setia dengan mereka. Ia adalah sesuatu yang tidak dijangkaka­n.”

Dalam 24 jam selepas pengumuman oleh Hamilton, Alonso, yang mempunyai kontrak di Aston Martin sehingga akhir tahun ini, dikaitkan dengan Mercedes sebagai kemungkina­n pengganti tempat Hamilton.

Alonso, 423, berkata dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Mercedes dan menegaskan dia akan terlebih dahulu bercakap dengan Aston Martin tentang pembaharua­n kontrak sebelum menandatan­gani kontrka untuk pasukan lain pada 2025.

“Mengenai hal Mercedes, tiada sebarang maklumat,” katanya. “Saya tahu ada kekosongan sebagai pemandu pada awal tahun ini berbanding pada bulan Jun atau Julai seperti kebiasaann­ya, tetapi ia masih tidak menjejaska­n saya dari segi persediaan un

tuk musim yang bagus.

“Kami mempunyai sesi uji pandu yang sangat terhad di Bahrain, dan kerana ia sangat terhad, saya tidak dapat terlalu memikirkan tentang masa depan ketika ini. Saya harus menunggu beberapa perlumbaan.

“Saya menyedari situasi saya, yang sangat unik. Ada hanya tiga pemandu juara dunia berlumba ketika ini (Alonso, Hamilton dan Max Verstappen) dan mereka adalah juara dunia yang pantas. Sebelum ini, mungkin ada beberapa juara dunia yang tidak pantas.

“Saya mungkin satu-satu juara dunia yang bebas untuk tahun 2025, jadi saya mempunyai kedudukan yang baik. Pada masa yang sama, apabila saya membuat keputusan jika saya mahu terus berlumba atau tidak di masa hadapan, pertama sekali dan saya hanya akan bercakap dengan Aston Martin terlebih dahulu kerana ini adalah keutamaan saya.”

Sebagai pemandu paling tua dalam saingan, Alonso juga berkata dia masih belum membuat keputusan sama ada akan terus berlumba selepas akhir musim ini. — AFP

 ?? ?? ALONSO
ALONSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia