Utusan Borneo (Sarawak)

Palace tunduk 1-3 kepada Chelsea

Sentuhan bekas pemain Gallagher dan Fernandez, pastikan ‘The Eagles’ kekal lima mata di atas zon penyingkir­an

- — AFP

LONDON: Conor Gallagher menjaringk­an dua gol untuk menyebabka­n bekas kelabnya, Crystal Palace tewas 1-3 pada Isnin dan mengekalka­n harapan Chelsea untuk satu kelayakan ke bola sepak Eropah pada musim hadapan.

Palace, yang mengalami krisis kecederaan pemain, berada di landasan untuk satu kemenangan penting dalam usaha mengekalka­n kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris apabila rembatan jarak jauh Jefferson Lerma meletakkan Palace di hadapan.

Tetapi pasukan tuan rumah, yang hanya menang tiga dari 19 perlawanan dan hilang fokus apabila Gallagher mengikat kedudukan dua minit selepas rehat.

Gallagher menjaringk­an gol peribadi kedua untuk meletakkan Chelsea di hadapan buat kali pertama pada perlawanan itu sebelum Enzo Fernandez melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan untuk melonjak Chelsea ke tangga ke-10 liga dan kurang dua mata berbanding pasukan di tangga ketujuh.

Kekalahan menyebabka­n Palace masih lima mata di atas zon penyingkir­an di tangga ke-15 liga.

Palace diselubung­i krisis kecederaan dengan kesemua tiga pemain utamanya Eberechi Eze, Michael Olise dan Marc Guehi tidak dapat diturunkan.

Pengurus kelab, Roy Hodgson dan lembaga pengarah kelab menerima kri

tikan daripada penyokong dan sepanduk dibentang sebelum sepak mula yang menyelar “budaya lemah kelah” dan “polisi lemah perpindaha­n pemain”.

Tetapi Palace beraksi dengan memberangs­angkan dalam 45 minit pertama selepas satu lagi aksi hambar Chelsea di tempat lawan.

Pengurusny­a, Mauricio Pochettino

memuji kemenangan 3-1 pasukannya di Aston Villa dalam perlawanan ulangan separuh akhir Piala FA Inggeris minggu lepas sebagai “aksi terbaik musim ini” oleh pasukannya.

Bagaimanap­un, ia seperti kembali ke asas buat Pochettino dalam separuh masa pertama di Selhurst Park ketika Chelsea kelihatan memberikan

penguasaan bola kepada pasukan tuan rumah dan dihukum.

Noni Madueke hilang bola dengan mudah di luar kotak penalti dan bola sampai kepada Lerma yang melakukan satu rembatan kencang menewaskan penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic.

Ia memerlukan sehingga minit kecederaan separuh

masa pertama untuk Chelsea mencipta peluang pertama dengan rembatan Gallagher sedikit tersasar.

Namun, ia adalah amaran yang tidak diendahkan oleh Palace.

Permulaan separuh masa kedua tertangguh seketika apabila pengadil perlawanan menghadapi masalah dengan alat komunikasi bersama penolongny­a dan juga panel video bantuan pengadil (VAR).

Dan Palace kelihatan hilang fokus apabila permainan separuh masa kedua akhirnya bermula apabila Gallagher, yang beraksi cemerlang ketika dipinjamka­n ke Palace pada musim 2021/2022, menyempurn­akan hantaran Malo Gusto untuk gol penyamaan.

Chelsea mengalami kekecewaan apabila pemain pertahanan­nya, Thiago Silva terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan dan dijangka tidak akan dapat beraksi di final Piala LigaIngger­is menentang Liverpool lewat bulan ini.

Tetapi mereka sekurangku­rangnya akan berkunjung ke Manchester City Sabtu ini dengan keyakinan baharu selepas dua gol lewat untuk mengesahka­n tiga mata penuh.

Palace mengawal ketat Cole Palmer untuk hampir sepanjang perlawanan tetapi dia masih terbukti menjadi faktor kemenangan Chelsea apabila mengumpan dua gol lewat.

Bekas perancang kelab Manchester City itu mengumpan bola kepada Gallagher di hujung kotak penalti untuk menjaringk­an gol ketiganya dalam dua perlawanan selepas tidak menjaringk­an sebarang gol sebelum itu.

Palmer kemudian melorong bola kepada Fernandez untuk melengkapk­an jarinseran­gan gan selepas satu pantas.

 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Fernandez (kanan) menyepak semula bola ke belakang jaring selepas Gallagher menjaringk­an gol kedua pasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Crystal Palace dan Chelsea di Selhurst Park di London, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Fernandez (kanan) menyepak semula bola ke belakang jaring selepas Gallagher menjaringk­an gol kedua pasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Crystal Palace dan Chelsea di Selhurst Park di London, kelmarin.
 ?? GALLAGHER ??
GALLAGHER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia