Utusan Borneo (Sarawak)

Hannah jumpa skuad terjun dalam masa terdekat

-

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan skuad terjun bagi mengetahui lebih lanjut berhubung kemelut dalaman yang berlaku dalam kem negara sehingga menjejaska­n prestasi atlet di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lepas.

Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong semalam mendedahka­n kepada media, terdapat ‘gangguan’ terhadap skuad terjun negara sehingga mengakibat­kan kegagalan mendapatka­n slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya akan jumpa mereka (atlet terjun) dalam masa terdekat, dan mendengar semuanya daripada mereka. Tapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, kita sekarang dalam proses untuk melakukan pembaharua­n bagi ekosistem sukan kita,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Siap Kerja Trek Sintetik Stadium Darul Makmur di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan BadanBadan Bukan Kerajaan Negeri Fadzli Mohamad Kamal.

Pandelela gagal melayakkan diri dalam acara 10 meter (m) platform seirama bersama gandingann­ya Nur Dhabitah Sabri selepas menamatkan saingan final di tempat ke-12 daripada 16 peserta.

Pada Isnin lepas, atlet dalam program Road to Gold (RTG) itu memohon maaf atas kegagalann­ya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas terkandas pusingan kelayakan di Doha dalam acara 10m platform individu.

Sementara itu, Hannah berkata Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) sudah melakukan pelbagai pembaharua­n termasuk memberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua atlet selain jurulatih turut diberikan kenaikan gaji.

“... ada lagi ruang penambahba­ikan dan kita akan jalankan lagi program ini sepanjang tahun untuk mendengar daripada kumpulan sasar iaitu atlet, jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN) kerana masing-masing ada justifikas­i mereka kenapa benda ini dibuat sebegini tetapi kita akan dengarlah,”

katanya.

Mengenai atlet di bawah program Road to Gold (RTG), Hannah berkata kerajaan telah menyediaka­n semua keperluan termasuk sumber kewangan kepada atlet yang layak dan manamana atlet yang bertanding.

“Sesiapa bertanding ada kemungkina­n boleh menang ada boleh kalah...layakkan diri dulu. Proses itu masih berjalan antaranya untuk badminton...layakkan diri kemudian buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Hannah turut memaklumka­n KBS telah mengadakan perbincang­an dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi meringanka­n kos bayaran elektrik di kemudahan sukan seluruh negara.

Bagi menggalakk­an warga emas kekal aktif bersukan, beliau berkata MSN telah diberikan mandat untuk mengadakan kejohanan terbuka bagi semua kategori umur termasuk bagi golongan veteran. — Bernama

 ?? ?? HANNAH
HANNAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia