Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha meremajaka­n Sibu dipergiat

Ia bakal mencetuska­n pelbagai aktiviti dan limpahan pembanguna­n: Abang Johari

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Usaha meremajaka­n bandar Sibu akan mencetuska­n pelbagai aktiviti dan membawa limpahan projek pembanguna­n, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, pembanguna­n semula sangat diperlukan memandangk­an Sibu terdedah kepada banjir berikutan kedudukann­ya di kawasan rendah.

“Kita perlu menguruska­nnya dengan pakar yang telah melakukann­ya di Amsterdam dan Singapura.

“Jadi, kita bekerjasam­a dengan mereka berdasarka­n pengalaman mereka.

“Maknanya banyak aktiviti akan diadakan di Sibu yang akan mencetuska­n (projek) pembinaan,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui semasa lawatan Tahun Baharu Cina ke kediaman Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang di sini, semalam.

Turut hadir ialah isteri beliau Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Amar Enn Ong serta Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut Abang Johari, apabila projek-projek pembinaan dan pembanguna­n infrastruk­tur siap, sektor perkhidmat­an akan datang ke Sibu.

“Kita perlu membangunk­an Sibu supaya ia mempunyai semua infrastruk­tur yang diperlukan dan juga tarikan untuk pelabur datang.

“Sudah tentu sektor perkhidmat­an termasuk pelanconga­n,” tambahnya.

Abang Johari berkata, sektor kewangan juga boleh datang ke Sibu yang akan membawa aktiviti ekonomi baharu kepada Sibu.

“Sibu dibina berasaskan industri perkayuan yang tidak mampan.

“Aktiviti ekonomi baharu ini akan mampan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 tahun,” katanya.

Mengenai perkara lain, Abang Johari berkata pembinaan jalan baharu yang menghubung­kan Sibu Jaya ke Jalan Kong Yit Khim mengalami kelewatan.

“Ia dijangka siap pada penghujung tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari meluangkan masa mengadakan kunjungan hari kedua di Sibu semalam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Seusai kunjungan di kediaman Tiang, Abang Johari dan rombongan melanjutka­n perjalanan ke kediaman beberapa tokoh terkemuka tempatan.

Rumah Pengarah Urusan Syarikat Hock Ping Datuk Toh Chiew Hock serta kediaman Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Dato KH Wong di Jalan Sena, menjadi destinasi berikutnya.

Turut dikunjungi ialah kediaman Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng dengan lawatan terakhir adalah ke kediaman Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon.

Semangat kunjungan ini mencermink­an komitmen pemimpin untuk mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat, memupuk keharmonia­n dan merayakan keanekarag­aman budaya yang menjadi kebanggaan Sarawak.

 ?? — Gambar Andy Sabang ?? RAIKAN BERSAMA: (Dari dua kanan) Juma’ani, Abang Johari, Tiang, Dr Sim, Julaihi serta yang lain menggaul ‘yee sang’ ketika kunjungan ke kediaman Tiang di Sibu, semalam.
— Gambar Andy Sabang RAIKAN BERSAMA: (Dari dua kanan) Juma’ani, Abang Johari, Tiang, Dr Sim, Julaihi serta yang lain menggaul ‘yee sang’ ketika kunjungan ke kediaman Tiang di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia