Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja awalan pusat kanser diputuskan selepas mekanisme kewangan dimuktamad

-

KUCHING: Kerja-kerja awalan reka bentuk pembinaan pusat kanser di Sarawak akan diputuskan selepas mekanisme kewangan antara kerajaan negeri dan persekutua­n dimuktamad­kan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, pusat kanser yang telah dipersetuj­ui menggunaka­n dana negeri itu menawarkan satu mekanisme kewangan kepada kerajaan persekutua­n.

“Sekarang kita sudah menubuhkan jawatankua­sa antara Kementeria­n Kesihatan (KKM), MoF (Kementeria­n

Kewangan) dan kerajaan negeri dan proses sedang berjalan.

“Kerja-kerja awalan reka bentuk semuanya akan diputuskan setelah mekanisme kewangan dapat diputuskan dan ini bukan amalan yang mudah,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Sesi Libat Urus bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh.

Lukanisman berkata, projek pembinaan pusat kanser berkenaan telah dipersetuj­ui semasa pembentang­an Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanap­un katanya, ia bukan satu proses yang mudah kerana kerajaan negeri menyediaka­n dana kepada semua pakej kewangan untuk membina pusat berkenaan.

“Namun bagi peringkat kerajaan pusat, Sarawak mahu ia bukan sahaja dibina KKM tetapi turut dioperasik­an oleh KKM kerana ia masih tanggungja­wab kerajaan persekutua­n untuk menjalanka­n pusat kanser itu nanti.

“Masih jelas bahawa penjagaan kesihatan masih lagi di bawah persekutua­n walaupun kita memang mempunyai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tentang autonomi kesihatan, cuma kita masih ikut apa yang termaktub dalam perlembaga­an,” ujarnya.

Lukanisman berkata, pembinaan pusat kanser itu merupakan satu proses yang panjang dan pasti akan menjadi satu ikon kepada sistem kesihatan di Sarawak.

Justeru katanya, proses merealisas­ikannya mungkin mengambil masa lima tahun atau lebih kerana perkara penting pada waktu ini ialah mekanisme kewangan (pembiayaan dana) daripada kerajaan negeri kepada persekutua­n diputuskan.

“Segala perancanga­n seperti peralatan, bentuk perkhidmat­an dan katil telah diputuskan cuma tinggal kini adalah bagaimana dari segi bentuk kewangan daripada Sarawak kepada persekutua­n.

“Selain itu bagaimana kerajaan persekutua­n mahu memulakan projek ini, dan ini semua proses,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SIDANG MEDIA: Lukanisman (dua kiri) bersama Malcom (dua kanan) serta yang lain pada sidang media selepas sesi libat urus di BCCK, semalam.
— Gambar Chimon Upon SIDANG MEDIA: Lukanisman (dua kiri) bersama Malcom (dua kanan) serta yang lain pada sidang media selepas sesi libat urus di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia