Utusan Borneo (Sarawak)

Isu enakmen syariah Kelantan, KDN terus pantau reaksi awam

Ia bagi mengesan perkara berpotensi gugat ketenteram­an awam

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) melaksanak­an pemantauan berterusan terhadap reaksi awam berkaitan keputusan Mahkamah Persekutua­n membatalka­n 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemantauan itu antaranya bagi perkara yang berpotensi menyumbang kepada situasi ketidakten­teraman awam.

“Jika KDN dan polis mengesan reaksi berlebihan dan menerima aduan, (polis) melalui Pasukan Khas 3R khusus bagi menangani isu berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa akan segera siasat dan lengkapkan kertas siasatan dalam masa tujuh hari, sebelum diserah kepada Pejabat Peguam Negara.

“Pemantauan secara berterusan akan dilakukan (terhadap elemen yang menyumbang kepada ketidakten­teraman awam), bukan istimewa untuk insiden ini sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpuna­n Bulanan KDN di sini, semalam.

Mahkamah Persekutua­n sebelum ini dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundanga­n Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undangunda­ng Persekutua­n meliputi kesalahan sama.

Saifuddin Nasution menegaskan keputusan Mahkamah Persekutua­n itu sama sekali tidak mencabar Islam atau menggugat peranan Mahkamah Syariah di negara ini.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata satu sesi libat urus bagi membincang­kan mengenai Seksyen 4 Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 diadakan semalam bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta aktivis.

“Buat masa sekarang, kita masih lagi memantau semua perkara, ketidakbol­ehan kita untuk melaksanak­an atau mengguna pakai seksyen terbabit ekoran keputusan mahkamah.

“(Sama ada) ia memberikan disadvanta­ges (kelemahan) kepada polis dan sebagainya, data-data itu akan dibentangk­an,

Pemantauan secara berterusan akan dilakukan (terhadap elemen yang menyumbang kepada ketidakten­teraman awam), bukan istimewa untuk insiden ini sahaja.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri Dalam Negeri

dari situ kita dapat membuat satu kesimpulan dan mengambil langkah ke hadapan,” katanya.

PadaApril2­022,Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa keseluruha­n Seksyen 4 POCA 1959 adalah tidak berperlemb­agaan dan menasihatk­an agar semua tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia di bawah akta berkenaan ditangguhk­an sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumka­n kelak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INTERAKSI: Saifuddin Nasution beramah mesra dengan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) semalam.
— Gambar Bernama INTERAKSI: Saifuddin Nasution beramah mesra dengan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia