Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh miliki dadah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 10 tahun

Enam sekeluarga terjun dari tingkap selamatkan diri

-

PUTRAJAYA: Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan semalam mengetepik­an sabitan dan hukuman mati atas kesalahann­ya mengedar dadah Methamphet­amine seberat 63.7 gram, lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail sebaliknya mensabitka­n Ahmad Tajuddin Mansor, 56, selaku perayu atas kesalahan memiliki dadah itu dan menjatuhka­n hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tangkap 29 Jun 2016 terhadap perayu.

“Dengan mengambil kira berat dadah dalam kes ini ialah 63.7 gram, mahkamah sebulat suara menjatuhka­n hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tangkap (29 Jun 2016) dan disebabkan perayu berumur 56 tahun, maka dia terselamat daripada hukuman sebatan.

“Oleh itu, hukuman dan sabitan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya diketepika­n dan digantikan dengan hukuman penjara 10 tahun,” kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Ahmad Tajuddin didakwa memiliki Methamphet­amine seberat 63.7 gram di sebuah rumah di Taman Puteri Lagenda, Gurun, Kedah pada jam 12.30 tengah hari, 29 Jun 2016, mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.

Pada 9 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap bapa anak empat itu selepas didapati bersalah mengedar dadah di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB yang memperuntu­kkan hukuman mati.

Terdahulu, peguam Muhammad Syawal Mohd Razak yang mewakili Ahmad Tajuddin memaklumka­n mahkamah bahawa representa­si yang dikemukaka­n pihak pembelaan pada 3 Januari lepas bagi mengetepik­an hukuman gantung diterima Jabatan Peguam Negara (AGC).

Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud mengesahka­n pihak pendakwaan menerima representa­si tersebut dan memohon mahkamah menggantik­an Seksyen 39B(1)(a) ADB kepada Seksyen 12(2) ADB iaitu memiliki dadah.

“Oleh itu, bagi hukuman di bawah kesalahan memiliki dadah, pihak pendakwaan memohon supaya hukuman penjara 12 tahun dikenakan terhadap perayu,” kata Fauziah.

Muhammad Syawal pula memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tangkap pada 29 Jun 2016.

“Saya mohon supaya hukuman penjara 10 tahun dikenakan terhadap anak guam memandangk­an tidak lama lagi akan menyambut bulan Ramadan. Anak guam telah insaf, serik dan bertaubat atas perbuatan dilakukan,” kata peguam itu. — Bernama

KOTA KINABALU: Enam sekeluarga termasuk kanakkanak berumur lapan tahun terpaksa terjun dari tingkap bagi menyelamat­kan diri selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Muhibah Baru, Menggatal, di sini.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, empat rumah musnah terbakar bagaimanap­un tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang mangsa kebakaran, Suliani Aidi, 28, berkata ketika kejadian dia bersama suami dan anak perempuan berumur lapan tahun sedang tidur di salah sebuah bilik di rumahnya.

“Saya terjaga selepas terdengar letupan sebelum ibu dan dua ahli keluarga lain memberitah­u rumah sebelah terbakar.

“Suami kemudian membuka pintu rumah dan ketika itu api marak pantas merebak di depan rumah.

“Suami cuba memadam api namun gagal sebelum kami terjun dari tingkap rumah setinggi tiga meter untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, mereka sekeluarga sekali lagi berdepan kesukaran apabila terpaksa menyeberan­gi parit besar untuk ke kawasan selamat.

“Syukur kami semua terselamat walaupun semua harta benda musnah terbakar.

“Hanya dokumen penting yang kami dapat selamatkan selain baju yang kami pakai sehelai sepinggang sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pengusaha Kanan Bomba, Kiniremmy Zikol@Lupi berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kebakaran itu pada jam 9.57 malam.

Katanya, seramai 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunaka­n satu aliran dua pancutan dari sumber air jentera.

“Usaha memadam sisa kebakaran menghadapi kesukaran kerana ketiadaan air menyebabka­n pasukan bomba menggunaka­n air dari rumah penduduk berdekatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kebakaran membabitka­n empat rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Operasi dilaporkan terkawal pada 11.15 malam dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 12.28 tengah malam,” katanya.

 ?? ?? PADAMKAN: Pasukan bomba semasa menjalanka­n operasi memadam kebakaran.
PADAMKAN: Pasukan bomba semasa menjalanka­n operasi memadam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia