Utusan Borneo (Sarawak)

Terap ‘semangat naga’ menuju Sarawak berpendapa­tan tinggi

Ekonomi negeri berada pada landasan betul sejak 2021 sehingga kini untuk menjadi negeri maju dalam Malaysia

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Rakyat Sarawak disaran agar menerapkan ‘semangat naga’ pada tahun ini dalam mempertaha­n dan membangunk­an negeri dalam menuju sebuah negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ekonomi negeri berada pada landasan yang betul sejak 2021 sehingga kini untuk menjadi sebuah negeri maju dalam Malaysia.

“Pada tahun 2022, kita berjaya meningkatk­an hasil daripada aktiviti ekonomi kepada RM11 bilion dan pada tahun 2023, kita sekali lagi meningkatk­an hasil yang lebih tinggi kepada RM13.3 bilion.

“Pada 2023, Sarawak juga telah diakui oleh Bank Dunia sebagai sebuah negeri berpendapa­tan tinggi.

“Itu dinilai oleh Bank Dunia, bukan dinilai oleh kita.

“Selepas ini, kita mahu menterjema­hkan pendapatan tinggi itu kepada pendapatan isi rumah yang tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu

“Pada tahun 2022, kita berjaya meningkatk­an hasil daripada aktiviti ekonomi kepada RM11 bilion dan pada tahun 2023, kita sekali lagi meningkatk­an hasil yang lebih tinggi kepada RM13.3 ” bilion. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Majlis telah disempurna­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama isteri Abang

Johari Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Amar Enn Ong serta Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi dan isteri Datin Sri Sadiah Buji, Menteri Pelanconga­n,

Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden UCA Sibu Lau Ing Siong serta yang lain.

Menurut Abang Johari, pada

Jun tahun ini, Sarawak akan mengambil alih Pelabuhan Bintulu dan menubuhkan pihak berkuasa pelabuhan untuk menguruska­n semua pelabuhan.

Selain itu juga katanya, Sarawak akan mengambil alih syarikat penerbanga­n MASwings

dan membentuk syarikat penerbanga­n sendiri.

“Kini saya mencuba mendapatka­n sebuah bank di mana Sarawak menjadi pemegang saham terbesar bank terbabit.

“Saya ingin memaklumka­n perbincang­an hampir konklusif dan mungkin satu atau dua bulan, kita akan ada bank sendiri.

“Dengan semua trend ini, masa depan ekonomi Sarawak sangat cerah dengan kestabilan politik mesti diurus dengan betul,” tegasnya.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, kerajaan juga dalam perancanga­n membangun dan menyusun semula bandar Sibu serta mengubahny­a menjadi bandar pintar yang akan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk disiapkan.

“Saya berjanji untuk memastikan Sibu menjadi seperti Amsterdam di Belanda.

“Jika Amsterdam di bawah paras laut, Sibu pula di bawah sungai.

“Oleh itu, kita perlu menguruska­n struktur geologi Sibu ini.

“Kita perlu bantuan pakar, itulah sebabnya saya katakan ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk dicapai.

“Bagi memastikan wawasan ini direalisas­ikan, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bekerja keras untuk meningkatk­an hasil negeri untuk disalurkan kepada Sibu,” tambahnya.

 ?? ?? TAHUN NAGA: Tun Wan Junaidi, Abang Johari serta tetamu kehormat yang lain ketika upacara menggaul yee sang pada pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran UCA Sibu, kelmarin.
TAHUN NAGA: Tun Wan Junaidi, Abang Johari serta tetamu kehormat yang lain ketika upacara menggaul yee sang pada pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran UCA Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia