Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berusaha kukuhkan hubungan dengan Eropah

Pada 2022 jumlah perdaganga­n antara Sarawak dan Eropah dicatatkan pada EUR2.1 bilion (RM10.8 bilion)

-

“Nilai eksport kita ke Eropah ialah EUR1.7 bilion (RM8.7 bilion) terutama Ferro Alloys aluminium dan barangan lain. Import kita dari Eropah sebaliknya bernilai EUR407 juta (RM2.1 bilion) terutama pada peralatan dan bahagian ” pemanasan dan penyejukan.

KUCHING: Sarawak sedang berusaha mewujudkan hubungan yang lebih kukuh dengan Eropah, ujar Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, terdapat jumlah dagangan ketara antara Sarawak dan Eropah seperti pada 2022, apabila jumlah perdaganga­n antara negeri dan Eropah dicatatkan pada EUR2.1 bilion (RM10.8 bilion).

“Nilai eksport kita ke Eropah ialah EUR1.7 bilion (RM8.7 bilion) terutama Ferro Alloys aluminium dan barangan lain. Import kita dari Eropah sebaliknya bernilai EUR407 juta (RM2.1 bilion) terutama pada peralatan dan bahagian pemanasan dan penyejukan.

“Ini menunjukka­n peluang besar untuk meningkatk­an hubungan perdaganga­n bagi potensi yang belum diterokai antara dua wilayah,” katanya dalam ucaptama pada Kesatuan Eropah (EU) - Malaysia Business Day 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan berkata Sarawak menawarkan banyak peluang pelaburan dalam ekonomi digital, ekonomi hidrogen serta ekonomi hijau dan biru selaras dengan sasaran untuk menjadi sifar bersih menjelang 2050.

“Kita (Sarawak) berhasrat membentuk masa depan melalui inovasi untuk mengubah ekonomi ke arah kemakmuran, keterangku­man dan kemampanan selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030.

“Dengan memupuk perkongsia­n antarabang­sa bersama EU, kita (Sarawak) berharap mendapat manfaat daripada pertukaran pengetahua­n, pemindahan teknologi dan pelaburan yang sejajar dengan visi kita untuk masa depan mampan dan sejahtera,” katanya.

Awang Tengah juga berkata Sarawak terus membangunk­an industri minyak dan gasnya, huluan, pertengaha­n dan hiliran.

“Kita mempunyai rizab minyak dan gas yang cukup besar, iaitu 29 peratus daripada jumlah rizab minyak mentah Malaysia dan kirakira 60 peratus daripada jumlah rizab gas asli Malaysia. Ini adalah salah satu sektor yang kita ingin bangunkan secara mampan,” tambahnya.

Beliau juga berkata Sarawak adalah destinasi pelaburan pilihan untuk produk berteknolo­gi tinggi, elektrik dan elektronik (E&E) serta industri intensif tenaga.

“Kita sangat kukuh dalam industri pembinaan kapal. 60 peratus limbungan kapal di negara ini terletak di Sarawak. Kita juga secara agresif meneruskan pemodenan dan pengkomers­ilan sektor pertanian dan industri makanan kita.

“Mengenai sektor perkayuan, kita kini lebih menumpukan kepada produk kayu bernilai tinggi seperti perabot dan kayu kejurutera­an,” katanya.

Awang Tengah juga menyatakan bahawa Sarawak adalah destinasi popular, termasuk untuk pelancong dari Eropah.

“Kita akan terus memartabat­kan sektor pelanconga­n terutama dalam acara perniagaan, pengembara­an, budaya dan alam semula jadi. Dalam hal ini, kita akan meningkatk­an lagi hubungan darat, udara dan laut kita. Ini termasuk melalui cadangan penubuhan syarikat penerbanga­n sendiri, pengembang­an lapangan terbang dan penyatuan pelabuhan.

“Di dalam negeri, kita juga menambah baik infrastruk­tur telekomuni­kasi, perhubunga­n jalan raya dan kemudahan logistik untuk memudahkan pergerakan orang dan barangan serta pelaburan,” katanya.

Dalam pada itu, Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia Michalis Rokas semasa berucap berkata walaupun EU merupakan pelabur asing kedua tertinggi di Malaysia dengan lebih 1,600 syarikat beroperasi di negara ini, jumlah mereka berpangkal­an di Sarawak adalah sangat sedikit, terutama dalam hidrokarbo­n dan minyak serta sektor gas.

Kira-kira 100 delegasi terdiri daripada diplomat dari negara-negara EU dan wakil syarikat EU menghadiri acara bertemakan ‘Sarawak in Focus’ anjuran bersama Eurocham dan InvestSara­wak.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Premier Sarawak

 ?? ?? TERIMA KASIH: Awang Tengah menerima cenderamat­a daripada Rokas.
TERIMA KASIH: Awang Tengah menerima cenderamat­a daripada Rokas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia