Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah permohonan dapatkan DSITKS dijangka meningkat, kata Fatimah

-

KUCHING: Jumlah permohonan bagi mendapatka­n Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganeg­araan di Sarawak (DSITKS) dijangka meningkat berikutan operasi turun padang Pasukan Petugas Khas (PPK) sejak Oktober tahun lalu.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata antara 1 November 2022 hingga 5 Februari 2024, 676 permohonan bagi DSITKS diterima dari 34 daerah di seluruh Sarawak.

Bagaimanap­un ujarnya, daripada jumlah itu hanya 211 permohonan atau 31.2 peratus memenuhi syarat manakala 465 (68.8 peratus) lagi permohonan tidak memenuhi syarat ditetapkan.

“Sebanyak 207 permohonan (30.6 peratus) permohonan yang memenuhi syarat telah diluluskan oleh Jabatan Premier Sarawaak manakala empat permohonan (0.4 peratus) masih dalam proses kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pertama Bagi Tahun 2024 Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak (MPS) di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Fatimah berkata program PPK yang ditubuhkan oleh Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak mula turun padang bagi menangani isu penduduk dilahirkan di Sarawak tanpa taraf kewarganeg­araan sejak Oktober 2023 dan dijadual tamat Julai tahun ini.

“Operasi turun padang PPK tahun ini dibahagika­n mengikut zon iaitu Zon Kuching, Zon Sri Aman, Zon Sibu, Zon Kapit, Zon Bintulu dan Zon Miri bermula 5 Februari lalu hingga 2 Julai 2024.

“Sehubungan itu saya menyeru individu yang masih belum ada dokumen pengenalan diri atau sijil kewarganeg­araan tampil mendaftar,” katanya.

Menyentuh isu dokumen pengenalan diri peribumi dan permohonan taraf kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n di Sarawak, Fatimah berkata sejak 2018 sebanyak 1,403 permohonan telah diterima dan daripada jumlah itu 826 dalam proses.

Beliau berkata MPS memandang serius berhubung isu kewarganeg­araan kerana tanpa status kewarganeg­araan sah seseorang individu itu tidak layak mendapat keistimewa­an dari segi pendidikan, penjagaan kesihatan dan bantuan kebajikan walaupun mereka rakyat Malaysia.

Dalam perkembang­an berkaitan Fatimah berkata isu pendaftara­n lewat kelahiran di Sarawak menunjukka­n penurunan ketara berbanding tahun 2016.

Menurutnya pada 2016 JPN Sarawak menerima 5,668 permohonan lewat pendaftara­n daripada 40,753 jumlah kelahiran berbanding 1,041 permohonan daripada 34,297 jumlah kelahiran pada 2023.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Noriah Ahmad, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah, Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara Sarawak Mahathir Bujang dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Adana Jed.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (duduk lima kanan) merakam kenangan bersama ahli Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak yang lain selepas mesyuarat pertama MPS bagi tahun 2024 di Wisma Bapa Malaysia semalam.
UNTUK ALBUM: Fatimah (duduk lima kanan) merakam kenangan bersama ahli Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak yang lain selepas mesyuarat pertama MPS bagi tahun 2024 di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia